Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Join the forum, it's quick and easy

Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH
Komuniti Kaki Bola
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Rodgers tabik Suarez

Go down

Rodgers tabik Suarez Empty Rodgers tabik Suarez

Post by Park Deen Tue Nov 06, 2012 9:17 am

Rodgers tabik Suarez (kosmo)



Rodgers tabik Suarez Su_08.1

SUAREZ meledak gol penyamaan Liverpool ketika seri 1-1 dengan Newcastle pada aksi Liga Perdana England awal pagi semalam.



LIVERPOOL - Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers melabel Luis Suarez sebagai pemain paling bernilai.

Rodgers mengeluarkan kenyataan itu selepas Suarez meledak gol penyamaan ketika membantu skuad The Reds seri 1-1 dengan Newcastle United pada aksi Liga Perdana England awal pagi semalam.

Pada perlawanan di Stadium Anfield itu, Newcastle terlebih dahulu
berada di depan hasil jaringan Yohan Cabaye pada minit ke-43 sebelum
Suarez menyamakan kedudukan pada minit ke-67.

Ekoran prestasi luar biasa yang ditunjukkan penyerang Uruguay itu,
Rodgers memberi jaminan bahawa beliau akan membawa masuk beberapa lagi
pemain berkualiti sebaik pintu perpindahan dibuka Januari depan bagi
membantu Suarez mengubah nasib Liverpool dalam saingan liga musim ini.

Ketika ini, hanya Suarez dilihat penyerang utama Liverpool selepas skuad The Reds membuat keputusan meminjamkan Andy Caroll ke West Ham United tanpa menandatangani mana-mana pemain sebagai pengganti.

Setakat ini, Suarez telah merekodkan 11 gol dalam saingan liga.

Kelincahan pemain berusia 25 tahun itu ternyata sukar dibendung
terutamanya apabila tonggak pertahanan Newcastle, Fabricio Coloccini
dilayangkan kad merah kerana melakukan terjahan keras ke atas Suarez.

"Suarez sangat menakjubkan. Coloccini dilayangkan kad merah kerana dia sendiri kecewa gagal mengekang pergerakan Suarez.

"Suarez mahu beraksi dalam setiap perlawanan dan kami (Liverpool)
tahu dia memerlukan sokongan. Saya berharap untuk mendapatkan pemain
seperti Suarez bagi membantu kami memanfaatkan segala peluang yang
dicipta.

"Jika kami boleh melakukannya, kami akan menjadi sebuah pasukan yang mantap.

"Bekerjasama dengan Suarez sangat seronok. Dia masih muda dan membuktikan komitmennya bersama kami.

"Apabila kami berjaya mendapatkan beberapa pemain yang mampu menyamai
kualiti yang dimiliki Suarez, ia bakal menjadi kami pencabar yang
kuat," kata Rodgers.

Bagaimanapun, Rodgers menghadapi masalah untuk memastikan Suarez
kekal cergas bagi menghadapi setiap perlawanan sebelum pintu perpindahan
pemain dibuka Januari depan. - AFP
Park Deen
Park Deen
Admin
Admin

Negeri : Rodgers tabik Suarez Kedah_10
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum