Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Join the forum, it's quick and easy

Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH
Komuniti Kaki Bola
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kelantan tetap dihantui kebimbangan

Go down

Kelantan tetap dihantui kebimbangan Empty Kelantan tetap dihantui kebimbangan

Post by Park Deen Mon Oct 21, 2013 2:32 am

Mohamad Zulfaizan Mansor | bhsukan@bh.com.my
Kelantan tetap dihantui kebimbangan Xpix_gal0.pagespeed.ic.RGf_o5r8_rDua pertahanan Tentera cuba menghalang kemaraan ‘ayam tambatan’ Kelantan, Dickson Nwakaeme (kiri) pada pertemuan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Selayang, Jumaat lalu.
Kota Bharu: Walaupun memiliki kelebihan gol dan aksi di laman sendiri, tetapi kebimbangan tetap menghantui Kelantan menjelang perlawanan kedua separuh akhir Piala Malaysia menentang Tentera di Stadium Sultan Muhammad IV, Jumaat ini.

Ia disuarakan sendiri Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, yang percaya The Gladiators mampu membuatkan The Red Warriors (TRW) kempunan dan menangis seandainya pemain tidak memberi fokus 101 peratus dalam perlawanan hidup mati itu.
“Saya mengingatkan kepada pemain, jika ada pasukan yang mampu menewaskan TRW, ia adalah Tentera. Tentera adalah pasukan yang kuat dan kita bernasib baik apabila berjaya mengatasi mereka pada separuh akhir pertama.



“Namun, kita harus ingat dengan kekalahan itu tidak bermakna Tentera tidak boleh menewaskan Kelantan di sini (Kota Bharu). Kita juga harus ingat anak buah B Sathianathan menjadi pasukan yang berjaya meleburkan rekod tanpa kalah kita di gelanggang sendiri musim ini.


Spekulasi tak jejas

“Jadi, saya harap seluruh pasukan melakukan persediaan rapi bagi menghadapi perlawanan itu dan lebih berwaspada dengan apa saja cabaran. Saya percaya Tentera akan melakukan banyak perubahan dari aspek permainan mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Annuar yang dianggap sebagai bapa pembangunan bola sepak Kelantan bagaimanapun tidak menafikan hakikat betapa TRW kini berada pada landasan yang tepat untuk mengekalkan piala berprestij itu dan menyerahkan kepada pemain untuk melakukan yang terbaik.

Katanya, dia juga bersyukur kerana pelbagai spekulasi perpindahan beberapa tonggak Kelantan ke pasukan lain musim depan tidak sedikit pun mengganggu fokus pemain menghadapi perlawanan genting di Stadium Selayang.

“Walaupun terpaksa berhempas pulas untuk melepasi saingan di peringkat ‘kumpulan maut’ dan suku akhir, tetapi saya akui peluang kita untuk mara ke final dan mempertahankan kejuaraan cerah.

“Namun, segala-galanya kini terpulang kepada pemain dan satu kerugian sekiranya kita tidak mampu menjadi juara buat kali kedua berturut-turut,” katanya.
Park Deen
Park Deen
Admin
Admin

Negeri : Kelantan tetap dihantui kebimbangan Kedah_10
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum