Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Join the forum, it's quick and easy

Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH
Komuniti Kaki Bola
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Barca dihantui kebimbangan

Go down

Barca dihantui kebimbangan Empty Barca dihantui kebimbangan

Post by Park Deen Tue Nov 20, 2012 9:14 am

Barca dihantui kebimbangan (Kosmo)



Barca dihantui kebimbangan Su_07.1

PUYOL (kiri) bakal diturunkan pada aksi Liga Juara-Juara menentang Spartak Moscow di Stadium Luzhniki awal pagi esok.




MOSCOW - Barcelona terus dihantui kebimbangan pada aksi Kumpulan G
kempen Liga Juara-Juara menentang Spartak Moscow di Stadium Luzhniki
awal pagi esok.

Meskipun bakal menurunkan barisan terbaik di posisi penyerang yang diketuai Lionel Messi, skuad The Catalan bimbang dengan prestasi tidak menentu benteng pertahanan pasukan itu.

Skuad kendalian Tito Vilanova itu tampil cemerlang dalam saingan Liga
Sepanyol apabila mengutip 34 mata daripada 12 perlawanan untuk
menerajui carta liga.

Dalam saingan di pentas Eropah pula, segala-galanya berjalan dengan
lancar sebelum mereka tewas mengejut 1-2 kepada Celtic di Glasgow,
Scotland dua minggu lalu.

Berdasarkan situasi semasa, kapten Barcelona, Puyol mengakui skuad The Catalan perlu memperbaiki kelemahan di bahagian pertahanan.

"Kami (Barcelona) telah bermula sangat baik musim ini biarpun kami
perlu mengatasi kelemahan di bahagian pertahanan. Kami sedang bekerja
keras untuk mengatasi masalah tersebut.

"Saya pernah mengalami pengalaman yang lebih buruk berhubung masalah
kecederaan tetapi kali ini lebih menyakitkan berbanding jangkaan awal
saya. Namun, sekurang-kurangnya saya kembali menjalani latihan.

"Kamu perlu bersikap positif dan cuba untuk membantu pasukan," kata Carles Puyol.

Bagi Celtic, kemenangan itu bermakna buat terutamanya menewaskan
Barcelona yang merangkul kejuaraan Eropah sebanyak dua dalam tempoh
empat tahun.

Pada perlawanan itu, anak-anak buah Vilanova lebih banyak menguasai
permainan terutamanya di posisi serangan namun kelekaan benteng
pertahanan telah mengundang padah.

Sebelum ini, Barcelona kehilangan beberapa tonggak utama di posisi
pertahanan kerana mengalami kecederaan dan akibatnya, mereka dibolosi
sebanyak 15 gol dalam saingan liga.

Bagaimanapun, Vilanova sudah pastinya boleh menarik nafas lega
apabila dua pemain utama Barcelona, Puyol dan Gerard Pique disahkan
cergas.

Kedua-dua pemain itu kembali bergandingan bersama buat pertama
kalinya sejak September lalu ketika menewaskan Real Zaragoza 3-1
kelmarin.

Namun, beberapa pemain lain termasuk Jordi Alba dan Dani Alves masih mengalami kecederaan. - AFP
Park Deen
Park Deen
Admin
Admin

Negeri : Barca dihantui kebimbangan Kedah_10
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum