Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Join the forum, it's quick and easy

Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH
Komuniti Kaki Bola
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Cristiano Ronaldo

Go down

Cristiano Ronaldo Empty Cristiano Ronaldo

Post by Park Deen Tue Dec 06, 2011 5:00 am


5 Fakta Menarik Christiano Ronaldo


1) NAMA

Nama panjang beliau adalah Cristiano Ronaldo dos Santo Aveiro.. nama ini diinspirasi oleh favourite actor ayahnya iaitu Ronald Reagan, yang juga merupakan presiden Amerika Syarikat...Ronald Reagen

2) AYAH CHRISTIANO RONALDO MENINGGAL KERANA ALKOHOL

Ayah Christiano Ronaldo, Jose Diniz Aveiro meninggal di usia 52 tahun
kerana alkohol.. Kematian ayahnya menyebabkan Christiano Ronaldo
menjauhi alkohol dari hidupnya.

3) CRY BABY

Christiano Ronaldo mempunyai kebiasaan sejak kecil.. ketika bermain bola
bersama rakan2 nya sewaktu kecil, Christiano Ronaldo sering menangis
jika tidak dapat menjaringkan gol.. Kerana itu rakan2 nya memanggil
beliau ''CRY BABY''.. selain digelar cry baby, beliau juga digelar
''LITTLE BEE'' kerana tiada seorang pun yg dapat mengejarnya ketika
bermain bola..


4) CR7 BOUTIQUE

Ronaldo dikenali sebagai fashionista... Beliau membuka butik bersama dua saudara perempuannya di Portugal..


5) ARMANI EXCHANGE DAN NIKE

Ronaldo merupakan model untuk Armani Exchange dan Nike.. Ronaldo dibayar US$ 25 juta untuk pekerjaannya sebagai model..

Cristiano Ronaldo Images?q=tbn:ANd9GcRGLcs5qhuVzFbJZytSSKsTBRn7yfsWqH4HF4ZCjfYdb11gyCl5bYMHCw


Last edited by Park Deen on Fri Mar 30, 2012 7:44 pm; edited 1 time in total
Park Deen
Park Deen
Admin
Admin

Negeri : Cristiano Ronaldo Kedah_10
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Cristiano Ronaldo Empty Re: Cristiano Ronaldo

Post by Park Deen Mon Dec 26, 2011 4:14 am

Ronaldo julang Real

MADRID: Cristiano Ronaldo meledak hatrik ketika Real Madrid
membelasah Sevilla 6-2 awal pagi semalam untuk kembali mengungguli
takhta La Liga malah turut mendahului lawan terdekatnya Barcelona,
dengan tiga mata.

Jose Callejon, Angel Di Maria dan Hamit Altintop turut menjadi
penyumbang gol apabila pasukan Jose Mourinho terpaksa beraksi dengan 10
pemain selepas Pepe dilayangkan kad merah sebelum rehat separuh masa
pertama.

Jesus Navas dan Alvaro Negredo, mengambil peluang
terhidang itu untuk Sevilla manakala Madrid terhutang budi dengan Iker
Casillas yang sering menyelamatkan gawangnya.

Kini, Real berada di landasan tepat melabuhkan tirai 2011 di
tangga teratas ketika Barcelona muncul juara Piala Kelab Dunia
mengalahkan Santos di Yokohama, Jepun, semalam.

“Sevilla beraksi dengan baik tapi kami juga tidak kurang hebat. Casillas menyelamatkan dua cubaan jaringan gol yang penting.

“Kami tidak jangkakan jurang mata yang terlalu jauh walaupun tidak
dinafikan meletakkan misi untuk menang. Kini, kami berjaya mengungguli
perlawanan dengan cara tersendiri,” kata Mourinho.

Perlawanan bermula sengit dengan Sevilla beraksi lebih berbahaya
sehingga Karim Benzema memulakan ancaman namun penjaga gol Javi Varas
menyelamatkan Sevilla pada minit kesembilan.

Seminit kemudian, Madrid mendahului apabila Di Maria yang melepasi benteng
pertahanan Sevilla sekali gus membuka peluang untuk Ronaldo meledak
jaringan gol sulung.

Ronaldo menambah dua lagi gol pada minit ke-41 dan 85 (penalti),
Callejon (m37), Di Maria (m66) dan Altintop (m89) manakala Sevilla
membalas menerusi Navas (m69) dan Negredo (m92). - AFP
Park Deen
Park Deen
Admin
Admin

Negeri : Cristiano Ronaldo Kedah_10
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Cristiano Ronaldo Empty Re: Cristiano Ronaldo

Post by Park Deen Fri Apr 13, 2012 9:48 am

Ronaldo julang Real


Cristiano Ronaldo Su_08.1

RONALDO (kiri) meledakkan hatrik
ketika membantu Real menewaskan Atletico Madrid 4-1 di Stadium Vicente
Calderon awal pagi semalam.




MADRID - Real Madrid mempertahankan kedudukan selaku pendahulu Liga
Sepanyol selepas menewaskan Atletico Madrid 4-1 di Stadium Vicente
Calderon awal pagi semalam.

Kemenangan itu sudah cukup buat Real untuk mendahului juara bertahan, Barcelona dengan kelebihan empat mata.

Penyerang sensasi Real, Cristiano Ronaldo meledakkan hatrik pada
minit ke-24, 67 dan 82 manakala satu lagi gol kelab gergasi Sepanyol itu
diperoleh menerusi Jose Maria Callejon (86).

Gol sagu hati Atletico pula diperoleh menerusi Radamel Falcao (54).

"Kami merasai sedikit tekanan apabila mengetahui Barcelona mencatat
kemenangan (4-0 ke atas Getafe) dan kami perlu menang (ketika menentang
Atletico).

"Saya berasa sangat gembira apabila berjaya menjaringkan hatrik dan
pasukan kami mencatat kemenangan. Kami berada di landasan yang tepat
(bagi menjuarai gelaran liga).

"Perjalanan liga masih jauh tetapi kami semakin menghampirinya," kata Ronaldo.

Real yang terdesak untuk memburu gelaran liga pertama sejak empat
tahun lalu kini kembali ke landasan yang tepat bagi merampas kejuaraan
itu dari musuh ketat, Barca.

Lebih mengujakan, Ronaldo muncul selaku pemain pertama Eropah yang
berjaya meledakkan 40 gol buat kali kedua berturut-turut, sekali gus
unggul selaku penjaring terbanyak.

Rekod jaringan Ronaldo diikuti rapat oleh Pemain Terbaik Dunia tahun
lalu, Lionel Messi yang kurang satu gol berbanding kapten Portugal
tersebut. - Reuters
Park Deen
Park Deen
Admin
Admin

Negeri : Cristiano Ronaldo Kedah_10
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Cristiano Ronaldo Empty Re: Cristiano Ronaldo

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum