Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Join the forum, it's quick and easy

Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH
Komuniti Kaki Bola
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Mancini kecewa

Go down

Mancini kecewa  Empty Mancini kecewa

Post by Park Deen Thu Dec 06, 2012 4:12 am

Mancini kecewa (kOSMO)



Mancini kecewa  Su_04.1

SCHIEBER (tengah) menjaringkan gol kemenangan 1-0 Dortmund ke atas City di Signal Iduna Park awal pagi semalam.




DORTMUND - Pengurus Manchester City, Roberto Mancini mengakui kecewa
selepas juara England itu tewas 0-1 kepada Borussia Dortmund pada aksi
terakhir Kumpulan D kempen Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Selain tersingkir daripada pertandingan berprestij di Eropah itu,
kekalahan tersebut turut menyebabkan City gagal melayakkan diri ke
kempen Liga Europa.

Kekalahan itu juga menjadikan City sebagai kelab pertama daripada
Liga Perdana England yang menduduki tangga tercorot pada kempen Liga
Juara-Juara selepas sekadar mengutip tiga mata.

Pada perlawanan di Signal Iduna Park awal pagi semalam, gol tunggal
kemenangan Dortmund dijaringkan penyerang, Julian Schieber pada minit
ke-57.

"Melayakkan diri ke saingan Liga Europa adalah sasaran kami malam ini
(awal pagi semalam)," kata Mancini yang membantu City menjulang trofi
Piala FA 2011 dan Liga Perdana England musim lalu.

"Kami mahu menang tetapi sekiranya mahu melakar kemenangan, kami
perlu menjaringkan gol. Kami tidak layak ke saingan Liga Europa dan kami
patut berasa kecewa dengan kegagalan ini.

"Kami diundi dalam kumpulan yang sukar tetapi sekiranya kami
melakukan kesilapan pada awal permainan seperti mana yang kami lakukan
musim ini, kami tidak akan layak."

Selepas kempen di Eropah berakhir, City akan memberi fokus untuk mempertahankan gelaran juara Liga Perdana England musim ini.

Bagaimanapun, skuad The Citizens dijangka berdepan misi sukar
apabila dijadualkan bertemu kelab sejiran dan pendahulu liga, Manchester
United di Stadium Etihad, Ahad ini.

"Ia akan membantu (dalam kempen Liga Perdana England) kerana kami
tidak beraksi pada saingan Liga Europa tetapi buat masa ini, kami tidak
boleh memikirkan situasi ini," kata Mancini selepas City ketinggalan
tiga mata di belakang United.

"Sudan pasti ia akan menjadi sesuatu yang berbeza Ahad ini. Ia
dijangka satu perlawanan yang sukar tetapi beberapa pemain kami akan
cergas sepenuhnya."

Sementara itu, Dortmund akan meneruskan cabaran dalam kempen Liga
Juara-Juara selaku juara Kumpulan D selepas mengutip 14 mata dan kekal
dengan rekod tanpa kalah, diikuti Real Madrid (11) manakala Ajax
Amsterdam beraksi pada saingan Liga Europa. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1206&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz2EEJwhpHQ

Hakcipta terpelihara
Park Deen
Park Deen
Admin
Admin

Negeri : Mancini kecewa  Kedah_10
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum