Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Join the forum, it's quick and easy

Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH
Komuniti Kaki Bola
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Norfarhan Mohammad

Go down

Norfarhan Mohammad Empty Norfarhan Mohammad

Post by Park Deen Fri Jan 18, 2013 12:06 pm

Norfarhan mahu buktikan


Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my
Norfarhan Mohammad Su_05.1

NORFARHAN kembali dipanggil menyertai sesi latihan skuad bola sepak negara.



SELEPAS enam tahun tersisih daripada menyarung jersi skuad bola sepak
kebangsaan, pemain sayap Kelantan, Mohd. Norfarhan Mohammad kembali
dipanggil untuk menjalani sesi latihan skuad negara bagi menghadapi aksi
persahabatan antarabangsa dan kempen kelayakan Piala Asia 2015.

Aksi Norfarhan membantu pasukannya menjulang kejuaraan trebel musim
lalu mendapat perhatian pengendali skuad kebangsaan Datuk K. Rajagobal
untuk menjalani latihan bersama Harimau Malaya.

Pemain kelahiran Kuala Terengganu itu menyertai mengiringi tiga
tonggak The Red Warriors iaitu Shakir Shaari, Khairul Fahmi Che Mat dan
bintang muda, Nik Mohd. Shahrul Azim Ab. Halim.

Norfarhan ketika ditemui pemberita menyifatkan pemilihan tersebut
bakal melonjakkan lagi perjalanan kariernya selaku pemain bola sepak.

Menurutnya, dia berazam untuk menggunakan peluang tersebut sebaik
mungkin bagi membuktikan dia layak menyarung jersi pasukan kebangsaan.

“Saya gembira dengan berita ini. Ia merupakan sesuatu yang baik untuk saya dan perjalanan karier bola sepak saya,” katanya.

Norfarhan antara muka lama yang berjaya mendapat kepercayaan
Rajagobal untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan selain
tonggak Terengganu, Ashaari Shamsuddin.

Mengulas mengenai pertemuan dengan Felda United esok (hari ini),
pemain yang terkenal dengan gelaran Ben10 dalam kalangan peminat The Red
Warriors mahu rakan-rakan sepasukan memberikan aksi terbaik pada
perlawanan itu kelak.

“Tiga mata perlu diraih dalam perlawanan ini. Felda United bukanlah
calang-calang pasukan, mereka mempunyai pemain hebat seperti Mohammad
Ghaddar di jentera serangan.

“Begitu juga dengan pertahanan yang dikemudi oleh tonggak
berpengalaman seperti Khairulnisham Shahbuddin, jadi kita tidak boleh
ambil mudah perlawanan ini,” ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0118&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz2IJfifxP3

Hakcipta terpelihara
Park Deen
Park Deen
Admin
Admin

Negeri : Norfarhan Mohammad Kedah_10
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum