Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Join the forum, it's quick and easy

Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH
Komuniti Kaki Bola
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Nyonya & The Gang uji kredibiliti

Go down

Nyonya & The Gang uji kredibiliti Empty Nyonya & The Gang uji kredibiliti

Post by Park Deen Wed Jun 19, 2013 4:39 am

Nyonya & The Gang uji kredibiliti Hi_01.1





JUJUR diri seorang Nyonya terletak pada lenggok badan, tutur, perilaku dan gaya bahasanya.
Nyonya merupakan seorang wanita Indonesia kaya yang tumpas dalam kesunyian dan provokasi menuntut harta oleh tiga keponakan (cucu saudara) suaminya yang terlantar sakit.

Itu gambaran kasar kisah yang dipaparkan menerusi teater Nyonya & The Gang yang kini dipentaskan di Istana Budaya dari 14 Jun lalu hingga 20 Jun ini.

Naskhah yang cukup unik, sarat elemen humor dan emosi namun tersirat metafora dan personifikasi yang sangat mendalam mengenai kehidupan.
Pentas Istana Budaya dibuka untuk sajian jiwa. Nusantara menerusi dua persembahan teater dalam satu iaitu The Gang yang mempromosi gaya hidup sihat dan naskhah agung, Nyonya.

Watak Nyonya sangat hidup di pentas Istana Budaya. Jiwa yang sarat cinta dan kesetiaan kepada suaminya direalisasikan penuh cemerlang dalam lenggok badan dan bahasa Indonesia oleh pelakon muda, Mardiana Alwi.

Jiwa Nyonya
Tafsiran Nyonya bagi pelakon yang pernah beraksi di pentas teater Sri Mersing dan Bukan Dejavu sebelum ini, adalah perlambangan seorang wanita yang kesepian.

"Nyonya bagi saya seorang wanita Indonesia yang sangat kesunyian dan kesepian kerana suaminya menderita sakit kanser lidah.
"Dia seorang wanita muda yang berkahwin dengan lelaki berada, sangat jujur dan kasihan apabila diasak dengan perebutan harta oleh tiga keponakannya. Tetapi apabila bersendirian, dia ada dunianya sendiri," kongsi Mardiana.

Sukar untuk Mardiana, 25, memahami makna di sebalik watak Nyonya tulisan asal Wisran Hadi itu.
Namun, Mardiana serta lima pelakon watak penting Nyonya iaitu Misha Omar, Fara Fauzana, Amy Mastura, Taiyuddin Bakar dan Kiah Propa menghadapi cabaran terbesar mereka iaitu untuk menguasai bahasa Indonesia.

"Pada mulanya naskhah ini sendiri sangat berat tetapi bernilai, sangat kaya dengan metafora, simbol, personifikasi dan mesej-mesejnya.
"Jadi, tanggungjawab saya sebagai pelaku watak utama harus betul-betul memahami setiap patah perkataan supaya difahami oleh penonton dan dapat diterima secara profesional.
Nyonya & The Gang uji kredibiliti Hi_01.2





"Setelah diteliti dialog keseluruhannya, 70 peratus sebenarnya melibatkan pertuturan antara Nyonya dan Tuan.
"Selepas dapat menghafalnya, permainan antara dua watak itu dititikberatkan supaya kami sebagai pelakon tidak berasa bosan di atas pentas dan begitu juga penonton," jelas pelakon kelahiran Johor itu.

Lenggok bahasa Indonesia
Ketika ditemu bual, Mardiana masih sarat dengan loghat bahasa Indonesia. Kaget tetapi pada masa sama, kagum dengan usaha pelakon itu untuk menghayati dan menterjemahkan karakter seorang Nyonya.

Usaha itu tidak mudah, kata Mardiana, selama dua bulan hampir setiap hari dia 'dibajai' dengan sinetron Indonesia sebelum memulakan sesi latihan.
"Kadang-kadang sekarang apabila bercakap orang ingat saya orang Sabah. Mungkin pertama kali mendapat karakter wanita Indonesia sampai terbawa-bawa ke luar pentas.

"Beberapa kali saya baca skrip teater ini dan kalau ada perkataan yang tidak difahami saya merujuk pengarah. Setiap dialog mempunyai maksud yang bukan di permukaan sahaja, saya perlu mencari maknanya selapis demi selapis.

"Selain itu, setiap petang sepanjang dua bulan ini saya akan menonton siaran rancangan dari Indonesia supaya telinga biasa mendengar.
"Sampai hari ini saya masih mencari perwatakan sebenar Nyonya. Saya bersyukur pelakon yang bergandingan dengan saya boleh bertindak profesional di atas pentas," ujarnya.



Pintu rezeki
Mengakui dirinya bukan penari, namun dilatih untuk membawakan postur badan mengikut kesesuaian watak sejak menimba ilmu di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sebelum ini, Mardiana mengharapkan teater itu sebagai pembuka langkah dalam industri hiburan.
"Setiap manusia, selagi tidak mencuba tidak tahu sejauh manakah kemampuan diri. Saya mengambil peluang ini untuk mencabar lakonan sendiri dan menganggap ini rezeki Allah.
Nyonya & The Gang uji kredibiliti Hi_01.3
MARDIANA banyak membuat kajian tentang watak Nyonya.




"Teater ini merupakan platform untuk saya bertapak dalam dunia seni dengan lebih baik dan memang saya bersungguh-sungguh mengulang kaji karakter Nyonya sejak hari pertama ditawarkan berlakon dalam naskhah ini," kata Mardiana.

Teater Nyonya mengisahkan seorang wanita kaya yang berperang dengan Tuan (Taiyuddin Bakar) iaitu seorang pedagang barangan antik yang mempunyai pelbagai muslihat.

Bermula dengan membeli satu meter persegi tanah di pekarangan rumah Nyonya, sedikit demi sedikit Tuan berjaya membeli marmar, set ruang tamu, set meja makan dan tempat tidur Nyonya.

Dalam masa sama, Nyonya didatangi tiga keponakan suaminya iaitu Keponakan Anggun (Amy Mastura), Keponakan Cantik (Misha Omar) dan Keponakan Beautiful (Fara Fauzana). Mereka mahu menuntut harta pusaka milik suami Nyonya.

Ternyata, Nyonya merupakan sebuah karya sastera yang kaya dengan metafora, simbol dan personifikasi yang mampu membuatkan khalayak berfikir secara profesional.

The Gang pula merupakan teater muzikal yang memaparkan sekumpulan karyawan seni mempromosikan gaya hidup sihat melalui kegiatan seni.
Park Deen
Park Deen
Admin
Admin

Negeri : Nyonya & The Gang uji kredibiliti Kedah_10
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum