Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Join the forum, it's quick and easy

Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH
Komuniti Kaki Bola
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Chin Aun tempelak FA negeri

Go down

Chin Aun tempelak FA negeri Empty Chin Aun tempelak FA negeri

Post by Park Deen Mon Apr 02, 2012 2:29 pm

Chin Aun tempelak FA negeri


Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my
Chin Aun tempelak FA negeri Su_03.1

CHIN AUN (tujuh dari kiri barisan
belakang) bergambar kenangan dengan para peserta Kejohanan Futsal Milo
Hidup Bola 2012 di Kuala Lumpur, semalam.




LEGENDA bola sepak negara, Datuk Soh Chin Aun kesal dengan sikap
segelintir persatuan bola sepak negeri (FA) yang didakwa bersikap acuh
tidak acuh berkaitan pembangunan bola sepak negara di kalangan remaja
dan kanak-kanak.

Menurutnya, sebelum ini beliau telah dimaklumkan oleh majoriti
penganjur yang ternyata kecewa selepas tiada wakil FA yang didakwa hadir
meskipun jemputan telah dihantar setiap kali mengadakan kejohanan
futsal dan bola sepak di peringkat negeri sebelum ini.

Tindakan sambil lewa segelintir FA ini katanya, perlu dikikis segera
jika berhasrat mahu membentuk pemain pelapis yang berpotensi pada masa
depan.

"Saya hairan dengan sikap segelintir FA yang langsung tidak
menghantar wakil tidak kira sama ada pencungkil bakat mahupun jurulatih.

"Sepatutnya, mereka perlu memberikan sokongan memandangkan karnival
seperti ini diadakan di negeri masing-masing dan bukan sekadar
dianjurkan di ibu kota semata-mata.

"Kita sepatutnya sedar kejohanan-kejohanan seperti ini adalah medan yang terbaik untuk mencungkil bakat pemain muda," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival
Futsal Milo Hidup Bola 2012 di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM)
semalam.

Turut hadir Pengurus Eksekutif Unit Perniagaan dan Minuman Nestle,
Don Howat; Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi dan Pengarah
Urusan Figos, Tang Kok Wai.

Ketika ditanya mengenai peranan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
dalam usaha membantu memberikan sokongan karnival-karnival futsal yang
diadakan pihak swasta selama ini, Chin Aun begitupun enggan mengulas
lanjut sambil menegaskan ia sepatutnya dikendalikan dengan bijak oleh
setiap FA negeri.

Dalam pada itu, Howat semasa ditemui memberitahu, lebih 1,200 pemain
di bawah usia 12 dan 16 tahun dari seluruh negara dijangka menyertai
kejohanan itu dengan yuran serendah RM50 bagi satu pasukan.

Menurutnya, kejohanan kali ketujuh anjuran pihaknya dengan kerjasama
Figos dan Rakan Muda itu akan diadakan di peringkat negeri bermula 14
April depan.

Sebanyak 32 pasukan terbaik katanya, bakal berentap semula pada Grand
Final yang akan diadakan di Sports Planet, Ampang pada 16 September
depan.

Jelasnya, juara peringkat Grand Final bakal membawa pulang wang tunai
RM15,000, naib juara (RM10,000) sementara tempat ketiga dan keempat
masing-masing bakal membawa pulang RM7,000.

Kesemua pemenang juga bakal menerima trofi, pingat dan barangan Milo serta Figos.

"Pemenang di peringkat negeri juga bakal membawa pulang wang tunai
RM800 untuk juara, RM600 (naib juara) dan RM400 bagi pasukan di tempat
ketiga dan keempat.

"Kesemua hadiah wang tunai akan diberikan dalam bentuk simpanan akaun
bank bagi memupuk semangat pemain muda supaya menabung di masa depan,"
katanya.

Sebarang maklumat lanjut mengenai venue kejohanan itu bolehlah melayari www.milo.com.my atau www.syoknyasukan.com
Park Deen
Park Deen
Admin
Admin

Negeri : Chin Aun tempelak FA negeri Kedah_10
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum