Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Join the forum, it's quick and easy

Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH
Komuniti Kaki Bola
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Loew tukar strategi

Go down

Loew tukar strategi Empty Loew tukar strategi

Post by Park Deen Fri Jun 08, 2012 6:35 am

Loew tukar strategi (Kosmo)



Loew tukar strategi Su_04.1

LAHM (tengah) akan bermain di posisi pertahanan kiri pada perlawanan menentang Portugal awal pagi Ahad ini.




GDANSK – Jurulatih Jerman, Joachim Loew mendedahkan kapten, Philipp
Lahm tidak akan beraksi di posisi kegemaran pada aksi sulung Kumpulan B
kempen Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2012 menentang Portugal awal
pagi Ahad ini.

Begitupun, ini bukan kali pertama Lahm beralih daripada posisi pertahanan tengah.

Sebelum ini, dia pernah bermain di posisi pertahanan kiri sebelum
beralih ke posisi kegemarannya itu pada pertengahan kempen Euro 2008.

“Jurulatih (Loew) meletakkan saya di posisi itu (pertahanan kiri) dan
saya tidak membantah. Saya telah membuktikan dalam kejohanan sebelum
ini bahawa saya boleh bermain dengan baik,” kata kapten Jerman itu.

Loew berkata, dia masih belum membuat keputusan sama ada mahu
meletakkan Jerome Boateng atau pemain muda, Lars Bender di posisi tengah
dalam usaha mengekang pergerakan kapten Portugal, Cristiano Ronaldo.

“Ia adalah sesuatu yang baik buat kami apabila Lahm bermain di posisi kiri. Keputusan ini sangat penting buat kami,” kata Loew.

“Di posisi kanan, pilihan pertama adalah Boateng tetapi Bender
bermain dengan baik pada sesi latihan di posisi itu. Saya suka dia
bermain di posisi itu.

“Dia (Bender) memiliki potensi yang besar dan saya mempunyai perasaan
yang sangat baik kerana saya boleh menggunakan khidmatnya.”

Bagaimanapun, benteng pertahanan Jerman sangat rapuh sejak beberapa
bulan lalu dan memboloskan lima gol ketika tewas 3-5 kepada Switzerland
pada aksi persahabatan antarabangsa bulan lalu.

Namun, Loew berkata, dia yakin benteng pertahanan pasukan itu akan beraksi dengan baik pada pertemuan menentang Portugal.

“Saya yakin dengan barisan pertahanan kami. Kami akan menjadi lebih
solid berbanding ketika tewas kepada Switzerland,” kata pengendali
berusia 52 tahun itu. – Reuters
Park Deen
Park Deen
Admin
Admin

Negeri : Loew tukar strategi Kedah_10
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum