Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Join the forum, it's quick and easy

Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH
Komuniti Kaki Bola
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Punca England kalah

Go down

Punca England kalah Empty Punca England kalah

Post by Park Deen Tue Jun 26, 2012 11:02 am

Punca England kalah (Kosmo)



Punca England kalah Su_01.1





ENGLAND masih belum mampu untuk bergelar sebagai gergasi bola sepak
Eropah.Pada kempen Euro 2012, perjuangan mereka hanya sampai ke
peringkat suku akhir.

Mereka ditunjuk jalan keluar oleh Itali menerusi penentuan sepakan
penalti selepas kedudukan terikat tanpa jaringan sehingga tamat
perlawanan masa tambahan.

Kualiti yang ada dengan skuad kendalian Roy Hodgson itu masih belum
mencukupi untuk membawa mereka mara lebih jauh meskipun aksi mereka pada
saingan peringkat kumpulan telah menunjukkan peningkatan dalam setiap
perlawanan yang mereka harungi.

Ramalan sebahagian besar penyokong England sebelum bermulanya aksi menentang Itali itu ada kebenarannya.

Mereka berpendapat bahawa jika England mahu menang perlawanan
tersebut, ia akan berlaku dalam tempoh 90 minit tetapi jika ia
berlarutan sehingga ke sepakan penalti, England akan tewas.

Majoriti daripada penyokong mereka tidak yakin dengan kemampuan
England untuk memenangi sepakan penalti kerana ia sudah terbukti sebelum
ini.

Ramalan tersebut ternyata benar apabila England ditunjuk jalan keluar selepas penentuan sepakan penalti tersebut.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Ashley Young dan Ashley Cole
menjadi punca kekalahan England kerana mereka gagal menyempurnakan
sepakan penalti tersebut.

Sepakan Young terkena palang gol sementara ledakan Cole diselamatkan oleh penjaga gol Itali, Buffon.

Kegagalan mereka telah memusnahkan hajat besar England yang mahu
membuktikan kritikan penyokong terhadap mereka adalah tidak benar.

Bagi Hodgson, dia tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak kerana menganggap nasib sekali lagi tidak menyebelahi mereka.

“Semua pemain telah melakukan yang terbaik, tetapi nasib tidak memihak kepada kami.

“Dalam perlawanan genting seperti ini, kadang-kadang kamu memerlukan
sedikit tuah untuk meraih kemenangan, namun tuah itu menyebelahi Itali,”
katanya. - Agensi
Park Deen
Park Deen
Admin
Admin

Negeri : Punca England kalah Kedah_10
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum