Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Join the forum, it's quick and easy

Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH
Komuniti Kaki Bola
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

'Misi 33' tetap membara

Go down

'Misi 33' tetap membara Empty 'Misi 33' tetap membara

Post by Park Deen Tue Aug 21, 2012 3:57 am

'Misi 33' tetap membara (Kosmo)



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my
'Misi 33' tetap membara Su_01.1

ROZAIMI (kanan) akan menguatkan jentera serangan Selangor dalam saingan Piala Malaysia 2012.




ATAS kertas, kejayaan Selangor muncul juara Piala Malaysia sebanyak
32 kali setakat ini sememangnya sukar dipintas mana-mana pasukan.

Selain pencabar terdekat, Singapura (24 kali) yang kembali mewarnai
saingan menerusi pasukan Lions XII kali ini, pasukan Perak juga dilihat
antara pencabar utama Gergasi Merah dalam carta koleksi Piala Malaysia
apabila muncul juara sebanyak tujuh kali setakat ini.

‘Tenggelam’ ditelan sejarah, kemarau Gergasi Merah bagi menjulang
Piala Malaysia begitupun berterusan sebaik kali terakhir muncul juara
pada edisi 2005 selepas menewaskan Perlis 3-0 pada final di Stadium
Nasional, Bukit Jalil menerusi ledakan hatrik penyerang import, Bambang
Pamungkas.

Selepas itu, hasrat Merah Kuning sering kali dinafikan oleh pasukan
lain biarpun pada awalnya dilihat sebagai antara pasukan pilihan
bergelar juara.

Pencapaian terbaik Gergasi Merah dalam beberapa tahun kebelakangan
ini hanyalah ketika berjaya mara ke pentas final edisi 2008, namun
mereka tumpas 2-3 kepada juara trebel, Kedah pada perlawanan akhir.

Bermula 2006, perjalanan mereka yang ketika itu dibimbing jurulatih,
Dollah Salleh terkandas pada peringkat kumpulan biarpun berkongsi 10
mata dengan pasukan di tangga kedua, Terengganu hasil perbezaan
jaringan.

Skrip yang lebih kurang sama juga menimpa skuad Merah Kuning dalam
beberapa musim berikutnya apabila perjalanan mereka terhenti setakat
suku akhir sebaik ditewaskan Terengganu dengan agregat 2-3 dan 4-5 (2007
dan 2009) selain tewas kepada Kelantan dengan agregat 3-0 pada
peringkat yang sama bagi edisi 2010.

Tahun lalu, ‘misi 33’ Selangor sekali lagi tergendala apabila
tersekat pada peringkat separuh akhir sebaik tumpas menerusi agregat 1-4
kepada Terengganu.

Ketika itu, kem Gergasi Merah dilanda gelora selepas K. Devan
mengambil keputusan ‘angkat kaki’ ketika saingan Piala Malaysia masih
berlangsung sehingga ‘baton’ selaku jurulatih terpaksa diambil alih
oleh P. Maniam.

Justeru, edisi ke-46 kali ini dilihat se- bagai medan terbaik buat
Selangor menamatkan penantian selama tujuh tahun mendakap Piala
Malaysia.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin
Mohd. Amin juga menegaskan betapa misi memburu Piala Malaysia buat kali
ke-33 tidak pernah terpadam buat Merah Kuning.

Sedar ia bukan satu tugas yang mudah, Hamidin begitupun kekal optimis dengan kemampuan Gergasi Merah melakar kejutan kali ini.

“Selagi Piala Malaysia belum dalam genggaman Selangor, selagi itulah ‘misi 33’ tetap membara buat kami.

“Kami hanya menunggu masa mengulanginya, jadi mudah-mudahan misi itu terlaksana kali ini,” katanya kepada Kosmo!

Kehebatan pasukan lain juga kata Ha- midin, tidak boleh dipandang
sebelah mata oleh anak-anak buah Irfan Bakti jika enggan ‘berputih mata’
kali ini.

“Justeru, setiap perlawanan perlu ditempuh satu demi satu dengan syarat ia perlu berakhir dengan kemenangan,” kata Hamidin.

Pada edisi kali ini, Gergasi Merah diundi dalam Kumpulan D bersama
Sarawak, Pahang dan pasukan berstatus kelab, T-Team. Mereka akan
berkunjung ke Kuching berdepan Bujang Senang dalam aksi pembuka tirai
pada 22 Ogos depan.

Mengulas lanjut, Hamidin menjelaskan bahawa persiapan Selangor musim
ini juga bermula awal apabila berjaya mendapatkan khidmat penyerang
berbisa, Rozaimi Abdul Rahman dari Sabah menerusi pinjaman baru-baru
ini.

Selain Rozaimi jelas beliau, pihaknya turut meminjam pemain tengah USM, S. Veenod pada saingan kali ini.

“Untuk makluman, jersi no. 33 yang dipakai Rozaimi sebenarnya
kebetulan dengan ‘misi 33’ yang signifikan dengan perjuangan Selangor
kerana angka tersebut dikhaskan kepada mana-mana pemain pinjaman untuk
kesemua pasukan yang bertanding kali ini.

“Jadi, saya harap kehadiran Rozaimi dapat membantu Selangor menamatkan penantian tersebut,” jelasnya.

Nasib malang begitupun menimpa kapten, Amri Yahyah dan Bunyamin Omar
yang terpaksa melupakan saingan awal Piala Malaysia kali ini selepas
masing-masing digantung tiga perlawanan dan didenda RM1,500 seorang
gara-gara mengaku bersalah atas kekasaran melampau terhadap pemain
import Kelantan, Mohammad Ghaddar pada aksi Liga Super di Stadium Sultan
Muhammed IV, Kota Bharu, 29 Jun lalu.

Tanpa Amri, tanggungjawab kapten dalam ketiga-tiga perlawanan itu dijangka digalas oleh P. Gunalan.

Sentuhan penyudah penyerang import, Bosko Balaban juga dilihat mampu
menjelmakan sesuatu buat Merah Kuning manakala kreativiti arkitek
berbakat, Safiq Rahim berupaya mengundang waspada mana-mana pasukan.

Selain itu, sumbangan beberapa pemain lain seperti Razman Roslan,
Asra- ruddin Putra Omar, K. Gurusamy, Azidan Sarudin dan seorang lagi
tonggak import, Ramez Dayoub juga tidak boleh dilupakan sebegitu sahaja.

Apa yang pasti, ‘magis’ yang dimiliki Irfan Bakti ketika membantu
Terengganu muncul naib juara Piala Malaysia musim lalu jelas benar-benar
ditagih kali ini.

Biarpun Selangor ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan kedua dalam
saingan Piala FA musim ini, kredibiliti Irfan Bakti yang berjaya
membantu Gergasi Merah menyambar slot Piala AFC musim depan sebaik
menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga musim ini sewajarnya
dihormati.

“Ketika bersetuju mengendalikan Sela- ngor, saya sedar ia
tanggungjawab yang besar berdasarkan reputasi pasukan ini yang bagaikan
seolah-olah Manchester United.

“Jadi, saya harap mampu membantu Selangor mendapatkan
sekurang-kurangnya satu piala musim ini,” jelas Irfan Bakti pada
permulaan musim ini.

Selangor sebelum ini mengharungi beberapa perlawanan pemanas badan
menjelang sepak mula Piala Malaysia termasuk ketika seri 1-1 dengan
Kedah pada 12 Ogos lalu.

Persoalan sama ada Gergasi Merah berjaya memastikan ‘misi 33’ berjaya
direalisasikan ataupun sekali lagi tertangguh kali ini, sama-sama kita
tunggu dan lihat.
Park Deen
Park Deen
Admin
Admin

Negeri : 'Misi 33' tetap membara Kedah_10
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum