Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Join the forum, it's quick and easy

Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH
Komuniti Kaki Bola
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

PBNS belum bincang pengganti Azraai

Go down

PBNS belum bincang pengganti Azraai Empty PBNS belum bincang pengganti Azraai

Post by Park Deen Mon Oct 15, 2012 8:48 am

PBNS belum bincang pengganti Azraai (Kosmo)



Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
zulkarnain.ali@kosmo.com.my
PERSATUAN Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) belum berbincang untuk
mencari ketua jurulatih skuad Hoben Jang Hoben yang baharu selepas Mohd.
Azraai Khor Abdullah mengumumkan untuk meninggalkan pasukan berkenaan.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihak persatuan belum
memikirkan perkara itu (jurulatih baharu), bahkan masih belum
membincangkan mengenai pengunduran Mohd. Azraai.

Bagaimanapun, ujar beliau lagi, pihaknya akan menghormati apa juga
keputusan yang dibuat oleh jurulatih berkenaan termasuk mahu
meninggalkan pasukan ini.

"Bagi PBNS, kontrak Mohd. Azraai selaku ketua jurulatih skuad Negeri Sembilan masih ada sehingga hujung November ini.

"Jadi kita belum memutuskan lagi tentang perkara ini serta pelantikan
jurulatih baharu kerana PBNS akan hanya bermesyuarat pada minggu
hadapan untuk mendengar laporan prestasi pasukan musim ini serta
persiapan pasukan tahun akan datang," katanya semalam.

Tambah Mohamad, soal sama ada Mohd. Azraai masih kekal dengan pasukan
ini atau sebaliknya, itu tidak timbul langsung kerana kontraknya masih
ada.

"Sekiranya Mohd. Azraai berhajat untuk tidak menyambung kontrak
dengan skuad ini, kita akan bincangkan dan seharusnya kita menghormati
apa sahaja yang beliau putuskan.

"Kalau benarlah apa yang telah disebut itu, semestinya pengurusan
pasukan perlu memikirkan tentang jurulatih baharu kelak," tegas Mohamad.

Mohd. Azraai kelmarin menamatkan spekulasi berhubung kedudukannya
sebagai ketua jurulatih skuad Negeri Sembilan apabila mengumumkan tidak
akan menyambung semula kontraknya yang berakhir pada November depan.

Beliau yang dua musim bersama Negeri Sembilan melahirkan keinginan
itu selepas gagal mempertahankan Piala Malaysia apabila tewas kepada
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan agregat 6-3 pada aksi separuh
akhir piala itu baru-baru ini.

Kata Mohd. Azraai, keputusan yang dibuat itu bukan berpunca daripada salah faham akan konflik dalaman antaranya dengan PBNS.

"Setelah berfikir masak-masak, saya mengambil keputusan untuk tidak
menyambung kontrak bersama PBNS yang akan tamat pada November ini," kata
Mohd. Azraai.
Park Deen
Park Deen
Admin
Admin

Negeri : PBNS belum bincang pengganti Azraai Kedah_10
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum