Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Join the forum, it's quick and easy

Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH
Komuniti Kaki Bola
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Farizal tak rela dirobek

Go down

Farizal tak rela dirobek Empty Farizal tak rela dirobek

Post by Park Deen Tue Oct 16, 2012 3:43 am

Farizal tak rela dirobek (Kosmo)



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my
Farizal tak rela dirobek Su_03.1

FARIZAL mahu pastikan gawang ATM tidak dibolosi lawan.



PENTAS final Piala Malaysia kali ini dilihat cukup bermakna buat penjaga gol Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Farizal Harun.

Musim lalu, Farizal dilihat sekadar memanaskan bangku simpanan ketika
'bekas majikan', Negeri Sembilan mengecewakan Terengganu di pentas
final.

Justeru, anak jati Seremban itu berazam mahu memastikan Kelantan
'berputih mata' menjelang pertembungan kedua-dua pasukan pada final di
Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

"Tahun lepas saya hanya menyaksikan perlawanan akhir dari tepi
padang. Sebab itu saya lebih bersemangat kali ini apabila turut sama
beraksi.

"Ini baru pentas final yang sebenar buat saya, jadi saya harap saya
dapat mempamerkan aksi terbaik bagi memastikan gawang ATM tidak dibolosi
Kelantan nanti," katanya kepada Kosmo! semalam.

Pada masa sama, Farizal yang mesra dengan panggilan Ejai dalam
kalangan rakan-rakan sepasukannya juga tidak mahu memandang mudah
cabaran Kelantan biarpun lawan dilihat agak tempang tanpa Mohammad
Ghaddar dan Nor Farhan Mohammad yang terpaksa melupakan pentas final
kali ini gara-gara mengutip kad kuning kedua.

"Ketiadaan Ghaddar dan Nor Farhan mungkin dilihat memberikan sedikit kelebihan buat kami.

"Cuma pada masa sama, harus diingat majoriti pemain Kelantan dilihat
cukup berpengalaman beraksi dalam suasana final, jadi kami harus lebih
berwaspada," tegasnya.

Menganggap kejayaan ATM menempah slot final sebagai sesuatu yang
cukup istimewa, Farizal juga tidak mahu rakan-rakan sepasukannya
gementar ketika beraksi di Stadium Shah Alam kelak.

"Saya harap kami dapat bermain seperti biasa serta mematuhi segala percaturan jurulatih, B. Sathianathan.

"Jika berjaya mendakap trofi Piala Malaysia, tidak lain tidak bukan
saya dedikasi kemenangan ini kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa
menyokong penuh karier saya sebagai pemain bola sepak," kata Farizal.
Park Deen
Park Deen
Admin
Admin

Negeri : Farizal tak rela dirobek Kedah_10
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum