Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Join the forum, it's quick and easy

Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH
Komuniti Kaki Bola
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Giggs laung amaran

Go down

Giggs laung amaran Empty Giggs laung amaran

Post by Park Deen Sat Nov 03, 2012 10:18 am

Giggs laung amaran (Kosmo)



Giggs laung amaran Su_07.1

GIGGS (kanan) berpuas hati dengan impak yang yang
dilakukan van Persie sejak menyertai United, Ogos lalu.



MANCHESTER - Pemain veteran Manchester United, Ryan Giggs yakin Robin
van Persie sudah bersedia untuk merobek gawang bekas kelabnya, Arsenal
pada aksi Liga Perdana England di Old Trafford malam ini.

Giggs melaungkan keyakinan tersebut selepas berpuas hati dengan impak
yang dilakukan penyerang Belanda itu sejak menyertai skuad The Red Devils, Ogos lalu.

Selain itu, Giggs percaya van Persie mampu memberikan sumbangan yang
penting kepada rakan-rakan sepasukan dalam usaha mencipta jaringan.

Van Persie yang meledakkan 96 gol dalam kempen Liga Perdana England sepanjang lapan tahun bersama skuad The Gunners menjadi taruhan utama United bagi merealisasikan misi melebarkan jurang di kedudukan teratas liga.

Pemain berusia 29 tahun itu telah menjaringkan tujuh gol sepanjang
sembilan perlawanan bersama United musim ini selepas melengkapkan
perpindahan yang bernilai £24 juta (RM118 juta).

"Kami sama seperti penyokong-penyokong United. Kami teruja untuk
bermain dan berharap untuk memiliki pemain yang berkualiti. Van Persie
menepati cita rasa kami.

"Dia telah membuktikan dengan menjaringkan gol dan corak permainannya ketika beraksi bersama kelab ini.

"Pergerakan van Persie sangat penting buat United. Pada musim ini,
kami kerap menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dan penjuru.

"Sudah lama kami tidak melakukan perkara ini. Beberapa tahun lalu, kami kerap melakukan pergerakan seperti ini.

"Jadi, kehadiran van Persie tidak hanya untuk menjaringkan gol tetapi
dia akan membantu kami mencipta lebih banyak peluang bagi menjaringkan
gol," kata Giggs. - AFP
Park Deen
Park Deen
Admin
Admin

Negeri : Giggs laung amaran Kedah_10
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum