Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Join the forum, it's quick and easy

Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH
Komuniti Kaki Bola
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Löw laung amaran

Go down

Löw laung amaran Empty Löw laung amaran

Post by Park Deen Thu Sep 13, 2012 4:07 am

Löw laung amaran (Kosmo)



Löw laung amaran Su_08.1

PEMAIN-PEMAIN Jerman meraikan kejayaan menewaskan Austria 2-1 pada aksi kelayakan Piala Dunia 2014 awal pagi semalam.




VIENNA - Pengurus Jerman, Joachim Löw mendesak para pemain
memperbaiki persembahan sekiranya berhasrat beraksi pada pusingan akhir
Piala Dunia 2014 di Brazil.

Löw melaungkan amaran itu selepas Jerman menewaskan Austria 2-1 pada
aksi Kumpulan C kempen kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Ernst
Happel awal pagi semalam.

Dua gol masing-masing satu menerusi Marco Reus pada minit ke-44 dan
Mesut Özil (52) berjaya mengukuhkan kedudukan Jerman selaku pendahulu
kumpulan selepas berjaya menewaskan Kepulauan Faroe 3-0 pada aksi
pembukaan, Jumaat lalu.

Begitupun, Jerman bernasib baik kerana Austria sekadar memperoleh
satu gol menerusi pemain tengah Werder Breman, Zlatko Junuzovic pada
minit ke-57.

"Saya gembira dengan keputusan ini kerana kami berjaya meraih tiga
mata penuh di tempat lawan terutamanya bertemu lawan yang dianggap kuat.

"Namun, saya masih kecewa kerana semua peluang yang diperoleh Austria
berpunca daripada kesilapan kami sendiri. Kami sepatutnya mengawal
permainan sebaik sahaja pasukan mendahului 2-0," kata Löw.

Pemain tengah Real Madrid, Sami Khedira turut menyokong pendapat Löw.

"Kami gembira selepas berjaya mengutip tiga mata penuh tetapi hampa dengan corak permainan kami.

"Kami mendahului 2-0 tetapi Austria berjaya merapatkan jurang
disebabkan oleh kesilapan taktikal kami sendiri. Ia tidak sepatutnya
berlaku," ujarnya.

Bagaimanapun, skuad The Mannschaft akan berdepan lawan yang
lebih sukar pada aksi seterusnya bertemu Ireland dan Sweden yang
masing-masing menduduki ranking ke-26 serta ke-18 dunia berbanding
Austria (49) dalam saingan Kumpulan C.

Sementara itu, kapten Jerman, Philipp Lahm turut mengakui yang
Austria berjaya menghadirkan masalah terutama pada separuh masa pertama
dan 25 minit terakhir perlawanan. - Agensi
Park Deen
Park Deen
Admin
Admin

Negeri : Löw laung amaran Kedah_10
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum