Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Join the forum, it's quick and easy

Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH
Komuniti Kaki Bola
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Ujian sulung Benitez

Go down

Ujian sulung Benitez Empty Ujian sulung Benitez

Post by Park Deen Fri Nov 23, 2012 4:21 am

Ujian sulung Benitez(Kosmo)


Ujian sulung Benitez Su_08.1

BENITEZ diberi kepercayaan untuk membimbing Chelsea sehingga akhir musim ini.




LONDON - Rafael Benitez berpeluang untuk meyakinkan para peminat
Chelsea berhubung pelantikannya selaku pengurus sementara skuad The
Blues bagi menggantikan Roberto Di Matteo yang dipecat kelmarin.

Bekas pengurus Liverpool dan Inter Milan itu akan disanjung sekiranya
beliau berjaya mencatat kemenangan pada perlawanan tersebut.

Bagaimanapun, Benitez berdepan ujian paling sukar apabila dijadualkan
bertemu juara bertahan Liga Perdana England, Manchester City di
Stamford Bridge awal pagi Isnin depan.

Selepas dua tahun tidak membimbing mana-mana kelab, Benitez dipilih
untuk menggantikan Di Matteo bagi memulihkan mencerahkan semula peluang
Chelsea untuk memenangi trofi liga domestik dan mempertahankan kejuaraan
pada Liga Juara-Juara musim ini.

Banyak perubahan berlaku sejak Benitez meninggalkan saingan Liga
Perdana England dan perlawanan terakhir selepas enam tahun berada di
Liverpool adalah pada Mei 2010.

Perubahan paling ketara ialah kemajuan yang ditunjukkan City.

Selepas memenangi gelaran juara liga musim lalu, City kembali
menduduki tempat teratas dan memiliki kelebihan empat mata di depan
Chelsea menjelang pertemuan di Stamford Bridge.

City memintas kedudukan Manchester United selepas skuad The Red Devils tewas mengejut 0-1 kepada Norwich City, Sabtu lalu.

Kekalahan pertama City musim ini berlaku di Chelsea dan sekiranya
juara Eropah itu mampu mengulangi kehebatan mereka 11 bulan yang lalu,
Benitez bakal disanjung para peminat skuad The Blues.

"Benitez adalah seorang pengurus yang hebat," kata perancang Chelsea, Juan Mata.

"Dia memiliki banyak pengalaman dan memenangi beberapa trofi bersama
Liverpool serta membawa mereka ke kedudukan yang tinggi. Dia juga
memahami saingan Liga Perdana England."

Bagaimanapun, Benitez menghadapi dilema untuk menyenaraikan semula
penyerang Sepanyol, Fernando Torres yang digugurkan Di Matteo ketika
pasukan itu tewas 0-3 kepada Juventus pada aksi Liga Juara-Juara
kelmarin.

Benitez dan Torrez menjalin hubungan yang baik ketika berada di
Liverpool dan penyerang itu menampilkan aksi terbaik dalam karier.

Benitez juga menghadapi masalah di posisi pertahanan selepas kapten, John Terry masih mengalami kecederaan. - Agensi
Park Deen
Park Deen
Admin
Admin

Negeri : Ujian sulung Benitez Kedah_10
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum