Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Join the forum, it's quick and easy

Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH
Komuniti Kaki Bola
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Brazil ujian terbaik Itali

Go down

Brazil ujian terbaik Itali Empty Brazil ujian terbaik Itali

Post by Park Deen Thu Mar 21, 2013 3:36 am





MILAN - Itali berpeluang untuk menguji kemampuan sebenar pasukan itu menjelang aksi Piala Konfederasi pada Jun depan.

Penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon berkata, aksi persahabatan
antarabangsa menentang Brazil awal pagi esok menjadi medan terbaik untuk
menguji kemampuan pasukan itu.

Perlawanan di gelanggang berkecuali di Geneva itu pastinya
mendebarkan kerana skuad The Azzurri akan tampil dengan rekod empat kali
juara Piala Dunia manakala Brazil sudah lima kali menjulang trofi
berprestij tersebut.

Pertemuan itu juga menjadi persiapan terbaik Itali yang akan
berkunjung di Malta bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2014, Rabu depan.

Jurulatih Itali, Cesare Prandelli mungkin akan menurunkan pemain muda
Torino, Alessio Cerci yang kini semakin mencuri tumpuan selaras dengan
dasar baharu yang mahu memberi nafas baharu dalam pasukan itu.

Prandelli yang pernah membawa skuad itu melangkah ke final Kejohanan
Bola Sepak Eropah 2012 sebelum tewas kepada Sepanyol, turut memanggil
semula pemain pertahanan Genoa, Luca Antonelli yang kali terakhir
menyarung jersi antarabangsa ketika menentang Estonia pada 2010.

Selain kealpaannya tidak menyenaraikan pemain tengah Paris Saint
Germain, Marco Verrati yang menyamakan kedudukan ketika Itali seri 1-1
dengan Belanda pada aksi persahabatan pada bulan lepas, masih ada lagi
beberapa kejutan yang berlaku dalam skuad itu.

Penyerang AC Milan, Mario Balotelli yang menjaringkan tujuh gol
sepanjang enam perlawanan sejak menyertai skuad The Rossoneri daripada
Manchester City pada Januari lepas turut dilaporkan akan berganding
dengan Stephan El Shaarawy di posisi hadapan.

Buffon pula yang dianggap sebagai pemain berpengalaman akan mengetuai
tujuh lagi pemain Juventus dalam skuad 27 orang itu pasti akan menjadi
lebih sengit.

"Perlawanan persahabatan itu akan menjadi ujian terbaik kami.

"Kami mempunyai tiga bulan untuk membuat persiapan bagi menghadapi Piala Konfederasi dan kami mahu memenanginya," kata Buffon.

Dalam perkembangan lain, Itali kini memimpin kedudukan teratas dalam
Kumpulan B selepas mengumpul 10 mata manakala Brazil yang tidak beraksi
pada kempen kelayakan setelah menjadi tuan rumah Piala Dunia 2014 akan
menyertai Piala Konfederasi pada musim panas depan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0321&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm#ixzz2O87p80Z4

Hakcipta terpelihara
Park Deen
Park Deen
Admin
Admin

Negeri : Brazil ujian terbaik Itali Kedah_10
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum