Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Join the forum, it's quick and easy

Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH
Komuniti Kaki Bola
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

‘Kami sudah separuh jalan’

Go down

‘Kami sudah separuh jalan’ Empty ‘Kami sudah separuh jalan’

Post by Park Deen Mon Dec 31, 2012 1:46 pm





‘Kami sudah separuh jalan’ Su_04.1

VAN PERSIE menyumbang satu gol ketika menentang West Brom di Old Trafford kelmarin.




MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Alex Ferguson yakin skuad
kendaliannya semakin hampir untuk bergelar juara Liga Perdana England
musim ini.

Kelmarin, anak- anak buah Ferguson terus mempamerkan aksi konsisten
apabila melakar kemenangan 2-0 ke atas West Bromwich Albion di Old Traf-
ford.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan United kekal di tangga teratas
dengan mengumpul 49 mata, tujuh mata meninggalkan pencabar terdekat
mereka, Manchester City.

Bagaimanapun, pada perlawanan kelmarin, kelibat penyerang Belanda, Robin van Persie lebih mendapat perhatian Ferguson.

Selepas United berjaya mendahului hasil gol sendiri pemain West
Bromich, Gareth McAuley seawal minit kesembilan, penampilan van Persie
yang masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua ternyata tidak
mengecewakan Ferguson.

Ini kerana van Persie berjaya meledak gol kedua buat United pada lewat babak perlawanan.

Sebagai rekod, ia merupakan gol ke-14 van Persie dalam saingan liga sejak menyarung jersi United awal musim ini.

Ferguson percaya skuad bimbingannya kini sudah berada ‘separuh jalan’
bagi merampas kembali trofi kejuaraan liga daripada City musim ini.

“Kemasukan van Persie telah mengubah corak permainan kami. Sebaik
saya membawa dia dan Paul Scholes masuk, mereka telah melaksanakan tugas
dengan baik dengan mengubah corak permainan kami.

“Gol yang dijaringkan van Persie sangat menakjubkan, malah dia
sendiri seorang pemain yang menakjubkan. Dia masuk ke padang dan
mengubah corak permainan kami.

“Setiap kali dia mendapat bola, dia berjaya mengawalnya dengan baik
dan memaksa barisan pertahanan pihak lawan bertahan di dalam kotak
penalti. Dia berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik.

“Ketika ini, kami berada pada kedudukan yang baik. Kami sudah separuh
jalan untuk bergelar juara liga. Kami akan berdepan Wigan Athletic
untuk perlawanan seterusnya Selasa ini (awal pagi Rabu).

“Perlawanan tersebut sangat penting dan kami mahu memenanginya,” kata Ferguson sejurus tamat perlawanan kelmarin.

Ferguson turut memuji benteng pertahanan United yang telah
mempamerkan aksi konsisten apabila tidak dibolosi sebanyak empat
perlawanan berturut-turut setakat ini. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1231&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz2GcpaoHMD

Hakcipta terpelihara
Park Deen
Park Deen
Admin
Admin

Negeri : ‘Kami sudah separuh jalan’ Kedah_10
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum