Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Join the forum, it's quick and easy

Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH
Komuniti Kaki Bola
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

'Hubungan kami sangat baik'

Go down

'Hubungan kami sangat baik' Empty 'Hubungan kami sangat baik'

Post by Park Deen Wed Nov 28, 2012 2:57 pm

'Hubungan kami sangat baik' (Kosmo)



'Hubungan kami sangat baik' Su_05.1

IMBAS KEMBALI... Mourinho (kanan) berjabat tangan dengan Perez dalam satu majlis di Madrid tahun lalu.




MADRID - Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho menafikan laporan media
di Sepanyol bahawa hubungannya dengan pemilik kelab gergasi Sepanyol
itu semakin dingin.

Sebaliknya, Mourinho menegaskan, beliau masih mempunyai hubungan rapat dengan Florentino Perez yang juga presiden Real.

Sejak beberapa minggu lalu, terdapat laporan yang mengatakan
kedua-dua individu itu mula 'bercakaran' ekoran prestasi hambar Real
yang menyaksikan mereka ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu Liga
Sepanyol, Barcelona ketika ini.

"Saya memiliki hubungan yang sangat, sangat, sangat baik dengan presiden (Perez).

"Hubungan kami semakin baik," ujar pengendali kelahiran Portugal itu yang terkenal dengan gelaran The Special One.

Terdahulu, Mourinho dikatakan mahu menarik perhatian majikannya itu
dengan mengadu mengenai mutu pengadilan yang berat sebelah serta jadual
perlawanan yang padat dalam Liga Sepanyol.

Bekas pengurus Chelsea itu memberitahu, ia tidak adil bagi anak-anak
buahnya apabila tidak mendapat hak yang sama rata dengan pasukan lain.

Dalam perkembangan sama, Mourinho enggan mengulas mengenai kekalahan
mengejut 0-1 tangan Betis kelmarin, sambil mengalih tumpuan kepada
pertemuan menentang Alcoyano dalam aksi Piala Raja Sepanyol.

"Buat masa ini, ia adalah masa untuk bercakap mengenai Piala Raja Sepanyol.

"Pada akhir musim ini, dengan segala keputusan yang kami catatkan
dalam liga, kita akan berbincang dengan tenang serta analisis segala
situasi bersama pihak pengurusan," katanya.

- AFP
Park Deen
Park Deen
Admin
Admin

Negeri : 'Hubungan kami sangat baik' Kedah_10
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum