Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Join the forum, it's quick and easy

Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH
Komuniti Kaki Bola
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Villas-Boas tak mahu dabik dada

Go down

Villas-Boas tak mahu dabik dada Empty Villas-Boas tak mahu dabik dada

Post by Park Deen Tue Jan 01, 2013 2:58 am





Villas-Boas tak mahu dabik dada Su_05.1

VILLAS-BOAS (kiri) dan Scott Parker meraikan kejayaan Tottenham menewaskan Sunderland 2-1, Sabtu lalu.



LONDON - Andre Villas- Boas enggan mendabik dada meskipun peluang
Tottenham Hotspur untuk memburu slot ke kempen Liga Juara-Juara musim
depan semakin terbuka.

Tottenham berada di kedudukan yang selesa selapas melakar kemenangan
2-1 ke atas Sunderland pada aksi Liga Perdana England di Stadium of
Light kelmarin.

Ketika ini, anak-anak buah Villas-Boas berada di tangga keempat liga
selepas mengumpul 36 mata, sekali gus berada di landasan tepat memburu
slot Liga Juara- Juara musim depan.

Kejayaan itu turut membuktikan keputusan pemilik kelab, Daniel Levy
membawa masuk Villas-Boas bagi menggantikan Harry Redknapp yang dipecat
sesuatu yang tepat meskipun pengurus kelahiran Portugal itu terlebih
dahulu dipecat Chelsea sebelum menyertai White Hart Lane.

"Saya sentiasa percaya dengan kemampuan saya selaku pengurus.

"Biarpun sasaran layak ke Liga Juara-Juara kini berada dalam
genggaman, apa jua boleh berlaku dalam bola sepak jadi kami perlu kekal
berwaspada," kata Villas- Boas.

Spurs sekadar menamatkan saingan liga di tempat keempat musim lalu
selepas mengutip 69 mata, kurang satu mata di belakang Arsenal yang
berjaya menduduki tempat ketiga liga.

Bagaimanapun, impian untuk menempah slot automatik ke saingan kempen
Liga Juara-Juara musim ini terkubur selepas Chelsea muncul juara biarpun
menamatkan saingan liga domestik di tempat keenam.

Terpaksa beraksi dalam saingan Liga Europa musim ini, anak-anak buah
Villas- Boas juga berdepan tugas getir apabila diundi berdepan Lyon pada
pusingan kalah mati selepas ini.

"Bola sepak merupakan sukan yang tidak dapat diduga, jadi kami perlu meneruskan momentum kemenangan sehingga saingan liga tamat.

"Buat masa ini, persefahaman sesama pemain juga masih belum terbentuk
sepenuhnya tetapi itulah yang menjadikan kami bersatu padu sebagai satu
pasukan," tegas Villas-Boas.

Dalam aksi kelmarin, gol- gol kemenangan Spurs dijaringkan oleh Aaron
Lennon dan jaringan sendiri pemain Sunderland, Carlos Cuellar manakala
gol sagu hati tuan rumah diledak John O'Shea. - Agensi







Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0101&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz2Gg2Sj6uW

Hakcipta terpelihara
Park Deen
Park Deen
Admin
Admin

Negeri : Villas-Boas tak mahu dabik dada Kedah_10
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum