Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Join the forum, it's quick and easy

Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH
Komuniti Kaki Bola
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kelantan dabik dada akhiri rentak bergaya

Go down

Kelantan dabik dada akhiri rentak bergaya Empty Kelantan dabik dada akhiri rentak bergaya

Post by Park Deen Mon Jul 08, 2013 7:21 am

Oleh YATIMIN ABDULLAH
Kelantan dabik dada akhiri rentak bergaya Su_02.1

PENYERANG Kelantan, Ahmad Fakri Saarani (kiri) bersaing dengan pemain Lions XII, Madhu Mohana pada pertembungan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin.
Artikel Penuh:



JUARA Piala FA, Kelantan mengakhiri kempen Liga Super di tangga keempat hasil kemenangan 2-0 ke atas juara baharu, Lions XII di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin.

Selepas mengharungi 22 perlawanan liga, Kelantan yang juga juara Liga Super musim lalu mengumpul 36 mata, empat mata di belakang Selangor dan Johor Darul Takzim (Johor DT).

Pengendali Kelantan, Bojan Hodak nyata gembira dengan keputusan itu sambil menyifatkan barisan pemainnya mempamerkan semangat juang yang tinggi selepas mengharungi lima perlawanan dalam tempoh dua minggu.

“Bukan mudah untuk kita mengharungi situasi tersebut, namun para pemain Kelantan berjaya mengatasi halangan tersebut dan akhirnya meneruskan rentak kemenangan dalam lima perlawanan berturut-turut.

“Bukan itu sahaja, kami turut mengekalkan rekod bersih tanpa bolos dalam lima perlawanan tersebut dan ia merupakan sesuatu yang mengujakan buat saya sebagai jurulatih,” kata Hodak.

Mengulas mengenai kemenangan ke atas Lions XII, Hodak memberitahu, barisan The Red Warriors beraksi cemerlang dengan menguasai keseluruhan perlawanan tersebut.

Menurut Hodak, meskipun turun tanpa Obinna Nwaneri, barisan pemainnya tidak goyah dengan asakan Lions XII, sebaliknya terus fokus dengan memperagakan aksi menarik sepanjang 90 minit perlawanan.

“Kejayaan ini menguatkan lagi semangat kami untuk menghadapi saingan Piala Malaysia akan berlangsung selepas bulan Ramadan nanti.
“Saya akan terus memperkemaskan pasukan bagi menghadapi saingan tersebut bagi memastikan kejuaraan Piala Malaysia dapat dipertahankan musim ini,” ujarnya.

Pada aksi kelmarin, Kelantan memperoleh gol seawal minit kelima menerusi sepakan penjuru kapten, Mohd. Badhri Radzi yang terus menerjah jaring pelawat.

Penggempur sensasi The Red Warriors, Dickson Nwakaeme meletakkan tuan rumah selesa di hadapan menerusi gol kedua pada minit ke-58.
Hodak turut memberitahu, Badhri mengalami kecederaan pada perlawanan tersebut.

“Saya harap dia (Badhri) tidak mengalami kecederaan serius dan kembali sembuh sebelum saingan Piala Malaysia bermula,” katanya.
Park Deen
Park Deen
Admin
Admin

Negeri : Kelantan dabik dada akhiri rentak bergaya Kedah_10
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum