Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Join the forum, it's quick and easy

Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH
Komuniti Kaki Bola
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Solskjaer 'calon kejutan' Everton

Go down

Solskjaer 'calon kejutan' Everton Empty Solskjaer 'calon kejutan' Everton

Post by Park Deen Mon Jun 03, 2013 9:18 am





Solskjaer 'calon kejutan' Everton Su_07.1

SOLSKJAER yang pernah bermain dengan
Manchester United menjadi calon terbaharu yang disenaraikan Everton
untuk menjadi pengurus mereka selain Martinez dari Wigan.




LONDON - Bekas penyerang Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer
muncul sebagai 'calon kejutan' untuk merebut jawatan pengurus Everton.

Begitupun, kelibat pengendali dari Norway itu masih dalam
pertimbangan pengerusi Everton, Bill Kenwright yang masih dalam misi
untuk mencari pengganti David Moyes di Goodison Park.

Solskjaer kini berada dalam pertengahan musim liga Norway dan beliau
juga pernah dikaitkan untuk menyertai beberapa lagi kelab Liga Perdana
England iaitu Aston Villa, Blackburn dan Stoke City.

Selepas menjadi jurulatih di United pada musim 2007-2008, beliau
pernah mengendalikan pasukan simpanan sebelum menerima jawatan sebagai
ketua jurulatih di Molde pada 2011.

Beliau membawa kelab itu menjuarai gelaran liga pada 2001 dan 2012,
namun kini Molde berada di kedudukan kedua tercorot selepas 12
perlawanan untuk musim ini.

Selain Solskjaer, beberapa pengurus lain yang turut mencuba nasib ialah Roberto Martinez, Ralf Rangnick dan Vitor Pereira.

Bagaimanapun, Alan Stubbs, David Weir dan Phil Neville yang sudah
berada bekerja lama di kelab tersebut turut menjadi calon sebagai
pengurus pasukan.

Bekas penjaga gol Everton, Neville Southall yang beraksi untuk
pasukan tersebut hampir dua dekad berkata, kelab itu harus melantik
orang dalaman daripada memberikan jawatan tersebut kepada pengurus
Wigan, Martinez.

"Saya rasa lebih gembira jika Everton melantik calon yang sudah
bersama kelab atau pengurus yang baharu yang pernah memenangi gelaran.

"Tidak kisahlah calon itu memenangi trofi bersama liga lain sama ada
di Sepanyol, Perancis atau Jerman. Saya mahu seseorang yang tahu apa itu
nilai kejuaraan.

"Everton juga harus memastikan pengurus yang akan dilantik nanti
mempunyai pengetahuan sejarah kelab dan memahami apa yang penyokong
mahukan," kata Southall. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0603&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm#ixzz2V8Cg0wIH

Hakcipta terpelihara
Park Deen
Park Deen
Admin
Admin

Negeri : Solskjaer 'calon kejutan' Everton Kedah_10
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum