Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Join the forum, it's quick and easy

Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH
Komuniti Kaki Bola
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Benitez sedia hadapi Everton

Go down

Benitez sedia hadapi Everton Empty Benitez sedia hadapi Everton

Post by Park Deen Sun Dec 30, 2012 6:21 am

Benitez sedia hadapi Everton Su_05.1

BENITEZ (kanan) tidak bimbang mengenai sambutan para penyokong Everton di Goodison Park malam ini.

LIVERPOOL - Pengurus Chelsea, Rafael Benitez menjangkakan beliau akan diberikan sambutan yang 'hangat' oleh para penyokong Everton pada aksi Liga Perdana England di Goodison Park malam ini.

Benitez kurang disenangi penyokong tuan rumah selepas beliau melabel Everton sebagai sebuah kelab yang kerdil semasa menjadi pengurus Liverpool.

Benitez sedar penyokong-penyokong Everton pasti sukar untuk melupakan kata-kata hinaan tersebut termasuk pengurus skuad The Toffees, David Moyes.

Situasi tersebut menambah tekanan buat skuad kendalian Benitez yang berjuang untuk meneruskan kebangkitan memenangi tujuh daripada lapan perlawanan sebelum ini.

Everton hanya dipisahkan dua mata di belakang Chelsea dan Benitez berjanji untuk bangkit bagi meneruskan pemburuan gelaran musim ini.

"Saya rasa Everton melaksanakan tugas mereka dengan baik. Mereka beraksi cemerlang serta mempunyai ramuan terbaik dalam pasukan untuk mengejar kejuaraan. Mereka berada dalam kelompok teratas dan mereka wajar diberi pujian.

"Mereka merupakan satu pasukan yang bagus. Untuk itu, kami perlu bersedia dari aspek fizikal dan mental untuk perlawanan ini. Mereka bermain dengan baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan Goodison Park merupakan gelanggang keramat mereka," kata Benitez

Untuk rekod, Chelsea bergelut dalam kunjungan ke Everton beberapa tahun sebelum ini dan mereka kalah tiga perlawanan terakhir di Goodison Park.

Namun, rekod terkini membenam Aston Villa 8-0 pasti menimbulkan rasa gentar buat pasukan lawan walaupun misi untuk menjuarai Piala Kelab Dunia di Jepun gagal baru-baru ini.

Dalam pada itu, Benitez sedar pemain-pemainnya menghadapi hari yang sukar kerana mengharungi terlalu banyak perlawanan dan dia akan membuat sedikit rombakan dalam pasukan. - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1230&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz2GVAFwowv
Hakcipta terpelihara
Park Deen
Park Deen
Admin
Admin

Negeri : Benitez sedia hadapi Everton Kedah_10
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum