Tevez dapat jersi Del Piero
Page 1 of 1
Tevez dapat jersi Del Piero
Carlos Tevez tiba di lapangan terbang Malpensa, di Varese, Itali semalam selepas bersetuju menyertai Juventus dengan bayaran yang dilaporkan mencecah RM58.63 juta - AGENSI
TURIN, Itali - Carlos Tevez bakal menggalas tugas mencabar di Juventus apabila diberikan jersi No. 10 milik legenda The Old Lady, Alessandro Del Piero selepas menamatkan empat tahun yang penuh kontroversi di Manchester City.
Bintang penyerang Argentina berusia 29 tahun itu mengesahkan perpindahannya ke Turin selepas mengikat kontrak tiga tahun. Juventus bagaimanapun tidak menyatakan berapakah yuran yang dibayar oleh gergasi Serie A itu, namun media Itali melaporkan perpindahan bernilai sekitar 12 juta pound (RM58.63 juta), termasuk bonus.
Juventus mengumumkan ketibaan bekas bintang Manchester United itu dengan gambarnya menerima jersi No. 10 yang terkenal daripada Presiden kelab, Andrea Agnelli disiarkan secara rasmi.
"Bintang Argentina ini sudah biasa menang dan dia telah melakukan perkara itu di mana-mana dia berada," kata Juventus dalam laman web rasmi mereka, www.juventus.com.
Del Piero menghabiskan hampir 20 tahun di Juventus dan membantu mereka memenangi Liga Juara-Juara 1996, malah tetap setia bersama kelab walaupun ketika mereka disingkirkan ke Serie B pada musim 2006/2007 kerana didapati bersalah menjual perlawanan. - AGENSI
Similar topics
» Zaha tidak sabar sarung jersi United
» Tevez sandaran City
» Wiggins pertahankan Jersi Kuning
» United dapat semangat baharu
» Tévez mahu kekal bersama City
» Tevez sandaran City
» Wiggins pertahankan Jersi Kuning
» United dapat semangat baharu
» Tévez mahu kekal bersama City
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|
Thu Jan 19, 2017 6:59 am by Karl
» JDT Lantik Mora Ganti Gomez
Thu Jan 19, 2017 6:57 am by Karl
» Borak Bola Sepak
Mon Dec 29, 2014 12:48 pm by bobisakaya
» TMJ sokong Khairy
Wed Nov 13, 2013 10:43 am by Park Deen
» Farizal tukar angin ke Selangor
Sun Nov 03, 2013 10:17 am by Park Deen
» Bukan kerana kecewa: Azraai
Mon Oct 21, 2013 2:36 am by Park Deen
» Kelantan tetap dihantui kebimbangan
Mon Oct 21, 2013 2:32 am by Park Deen
» ‘Ronaldo, Ibra takut kami’
Mon Oct 14, 2013 3:54 am by Park Deen
» Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha...
Mon Oct 14, 2013 3:49 am by Park Deen
» Amukan ATM menakjubkan
Sun Oct 06, 2013 9:54 am by Park Deen
» Kelantan lanyak Johor DT
Sun Oct 06, 2013 9:49 am by Park Deen
» Bayern laung amaran awal
Fri Oct 04, 2013 9:15 am by Park Deen
» Everton ujian terbaik buat City
Fri Oct 04, 2013 9:12 am by Park Deen
» Jangan dabik dada!
Mon Sep 30, 2013 5:25 am by Park Deen
» Suarez kembali pamer bisa
Mon Sep 30, 2013 5:20 am by Park Deen