Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Join the forum, it's quick and easy

Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH
Komuniti Kaki Bola
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Wiggins pertahankan Jersi Kuning

Go down

Wiggins pertahankan Jersi Kuning Empty Wiggins pertahankan Jersi Kuning

Post by Park Deen Wed Jul 11, 2012 10:10 am

Wiggins pertahankan Jersi Kuning(kosmo)


BESANCON, Perancis – Bradley Wiggins sekali lagi berjaya
mempertahankan Jersi Kuning dengan melakar kemenangan pada peringkat
kesembilan kejohanan lumba basikal Jelajah Perancis kelmarin.

Pada saingan tersebut, Wiggins yang mencatat 51 minit 24 saat
berjaya mendahului juara bertahan, Cadel Evans dengan kelebihan 1 minit
53 saat.

Kejayaan diraih Wiggins itu secara tidak langsung memberi tekanan ke atas pelumba Australia tersebut yang mewakili BMC Racing.

Pada aksi Isnin lalu, kayuhan solo di laluan sejauh 41.4 kilometer
(km) itu turut menyaksikan bekas juara dunia empat kali, Fabian
Cancellara menamatkan perlumbaan dengan ketinggalan 57 saat di belakang
Wiggins.

Bintang baharu daripada pasukan Sky, Chris Froome berada di tempat
kedua, selepas dua hari melakar kejayaan di laluan berbukit pertama di
La Planche des Belles Filles.

Evans yang menamatkan perlumbaan di tempat keenam mengakui terkejut
apabila Wiggins dan Froome mendapat tempat pertama dan kedua pada
perlumbaan penuh mencabar itu.

“Mereka amat luar biasa,” katanya.

Bagi Wiggins, keutamaannya pada perlumbaan kelmarin adalah untuk
menjarakkan dirinya dengan barisan pencabarnya dalam perebutan Jersi
Kuning.

“Saya tahu sesuatu yang menarik akan berlaku apabila berada di depan. Saya merasa sungguh hebat,” kata Wiggins.

Jelasnya, perlumbaan kelmarin bukan sahaja mengenai kemenangan, malah
membabitkan klasifikasi keseluruhan (GC) jelajah ini dengan barisan
pencabarnya seperti Vincenzo Nibali dan Cadel. – AFP
Park Deen
Park Deen
Admin
Admin

Negeri : Wiggins pertahankan Jersi Kuning Kedah_10
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum