Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Join the forum, it's quick and easy

Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH
Komuniti Kaki Bola
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Nasri buat pilihan tepat sarung jersi Manchester City

Go down

Nasri buat pilihan tepat sarung jersi Manchester City Empty Nasri buat pilihan tepat sarung jersi Manchester City

Post by Park Deen Sat May 19, 2012 3:01 am

Nasri buat pilihan tepat sarung jersi Manchester City(Kosmo)


Nasri buat pilihan tepat sarung jersi Manchester City Su_02.1

NASRI (kiri) berbangga apabila dapat menjulang trofi Liga Perdana England musim ini.



MANCHESTER - Pemain sayap lincah Manchester City, Samir Nasri
'mengejek' Manchester United dengan mendakwa pilihannya tepat apabila
menolak tawaran untuk beraksi bersama skuad The Red Devils.

Nasri memilih City berbanding United pada musim panas lalu selepas
kedua-dua kelab Manchester itu berusaha mendapatkan khidmatnya dari
Arsenal.

Nasri akhirnya menjadi pemain City selepas melengkapkan yuran perpindahan bernilai £24 juta (RM118 juta).

Sejurus selepas menjuarai Liga Perdana England, Nasri menegaskan bahawa keputusannya menolak tawaran United adalah tepat.

"Saya mengambil masa beberapa bulan sebelum membuat keputusan
tersebut (memilih City) selepas berbincang dengan ahli keluarga dan
penasihat saya," ujar Nasri.

Terdahulu, Nasri mengeluarkan kenyataan bahawa sekiranya pemain
Arsenal berhasrat untuk menjulang trofi, mereka harus meninggalkan The Gunners.

Mengulas lanjut, Nasri menambah: "Pegawai dan bekas pemain City,
Patrick Viera mengatakan United merupakan pasukan yang sudah biasa
memenangi segala-galanya.

"Viera ada berkata, musim lalu mereka (United) telah memenangi
gelaran juara Liga Perdana England dan berjaya beraksi di pentas final
Liga Juara-Juara.

"Jadi, jika saya menandatangani kontrak (dengan United), saya mungkin
tidak berpeluang untuk beraksi dengan lebih kerap dan ia bukan satu
kejayaan bagi pemain seperti saya.

"Namun sekiranya saya memilih City, sebuah kelab yang sedang
melakukan perubahan, saya akan menjadi salah satu sejarah bersama kelab
itu.

"Akhirnya saya memutuskan untuk menyarung jersi City," ujar pemain kelahiran Perancis itu. - Agensi
Park Deen
Park Deen
Admin
Admin

Negeri : Nasri buat pilihan tepat sarung jersi Manchester City Kedah_10
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum