Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Join the forum, it's quick and easy

Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH
Komuniti Kaki Bola
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Jiwa kental Azizulhasni

Go down

Jiwa kental Azizulhasni Empty Jiwa kental Azizulhasni

Post by Park Deen Wed Jul 25, 2012 8:41 am

Jiwa kental Azizulhasni (Kosmo)



Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my
Jiwa kental Azizulhasni Su_04.1

AZIZULHASNI menunjukkan serpihan
kayu yang tertusuk di tubuhnya ketika beraksi di Cologne, Isnin lalu.




"SAYA tidak apa-apa dan saya adalah wira."

Itu kenyataan pelumba sensasi negara, Azizulhasni Awang dalam laman sosial Twitter miliknya semalam.

Azizulhasni mengeluarkan kenyataan itu bagi mengulas insiden
kemalangan yang dialaminya ketika menyertai acara pecut dalam satu
perlumbaan di Cologne, Jerman kelmarin.

Insiden malang tersebut menyebabkan lebih kurang 60 serpihan trek
tertusuk di seluruh bahagian kiri tubuh pelumba kelahiran Dungun,
Terengganu itu.

Apa yang berlaku ke atas Azizulhasni seolah-olah mengulangi insiden
hitam yang dialaminya apabila serpihan trek sepanjang 20 sentimeter
tertusuk di betis kaki kirinya ketika beraksi pada Siri Piala Dunia
Klasik di Manchester, Februari tahun lalu.

Bagaimanapun Azizulhasni menjelaskan, peminat sukan tanah air tidak
perlu bimbang dengan insiden terbaharu yang menimpanya biarpun mengalami
kecederaan di bahagian tangan, paha dan bahu kanan.

"Terima kasih atas ucapan daripada anda semua. Kebimbangan saya
sekarang bukanlah kecederaan yang dialami ini tetapi Olimpik," katanya
menerusi laman Twitter.

Kenyataan terbaharu Azizulhasni itu pastinya melegakan kebimbangan
jutaan peminat sukan tanah air yang kini berharap dia mampu menjelmakan
kilauan emas pada temasya Olimpik 2012.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal
Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad meminta peminat Azizulhasni tidak
risau dengan apa yang berlaku ke atas pelumba yang terkenal dengan
jolokan The Pocketrocketman itu.

Menurut Naim, beliau sudah berjumpa dan melihat kecederaan yang
dialami Azizulhasni sebaik saja tiba di Perkampungan Sukan Olimpik 2012
di London kelmarin.

"Hanya kecederaan ringan dan keadaan itu sering dialami
(Azizulhasni). Jadi tiada yang perlu dibimbangkan," jelas Naim yang
turut memberitahu skuad berbasikal negara diberi rehat sehari semalam.

Naim menambah, Azizulhasni akan kembali menjalani latihan seperti
biasa mulai hari ini bersama rakan-rakan sepasukannya, Josiah Ng dan
Fatehah Mustapa di Velopark London iaitu venue rasmi untuk acara trek
Olimpik London.

"Mereka semua cukup bersemangat sebaik saja menjejakkan kaki di
London, malah (tiga pelumba lebuh raya) Adiq Husainie Othman, Amir
Mustafa Rusli dan Zamri Salleh sudah pun meninjau laluan bagi acara
lebuh raya yang akan membuka tirai Sabtu ini," jelasnya.
Park Deen
Park Deen
Admin
Admin

Negeri : Jiwa kental Azizulhasni Kedah_10
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum