Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Join the forum, it's quick and easy

Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH
Komuniti Kaki Bola
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Azizulhasni kecewa

Go down

Azizulhasni kecewa Empty Azizulhasni kecewa

Post by Park Deen Thu Aug 09, 2012 3:42 am

Azizulhasni kecewa(Kosmo)


Azizulhasni kecewa Su_01.1

AKSI Azizulhasni (depan, kanan) ketika bersaing dalam final keirin lelaki di Velodrome, Olympic Park, London kelmarin.




"SAYA sudah mengerah seluruh tenaga yang ada tetapi gagal untuk berada dalam tiga kelompok di hadapan. Saya kecewa."

Demikian keluhan jaguh lumba basikal trek negara, Mohd. Azizulhasni
Awang selepas gagal menyempurnakan misi memburu pingat dalam acara
keirin yang berlangsung di Velodrome, Olympic Park, London kelmarin.

Pada perlumbaan akhir itu, Azizulhasni menamatkan saingan di tempat
keenam, namun pencapaian tersebut lebih baik berbanding temasya di
Beijing empat tahun lalu yang menyaksikannya menduduki tempat ketujuh.

Seperti dijangka, perlumbaan tersebut dimenangi pelumba tuan rumah yang juga juara Olimpik sebanyak lima kali, Chris Hoy.

Azizulhasni adalah antara atlet negara yang diramal mampu meraih
pingat pada Sukan Olimpik 2012 London selain jaguh badminton
perseorangan, Datuk Lee Chong Wei.

Sasaran tersebut dibuat berdasarkan reputasi cemerlang yang
dipamerkan oleh pelumba kelahiran Terengganu itu pada beberapa siri
Kejohanan Dunia sejak tahun 2010.

"Saya sudah memberikan yang terbaik tetapi gagal melaksanakan impian
seluruh rakyat Malaysia. Perlumbaan semalam (kelmarin) memang sengit,"
katanya.

Menurut Azizulhasni, selepas kejayaan melangkah ke pusingan akhir acara keirin itu, nasib tidak begitu menyebelahinya.

Dia diundi untuk berada di lorong kelima yang sudah pastinya memang
sukar untuk merebut tempat di kelompok hadapan, namun dia berusaha untuk
memintas tiga pelumba di hadapannya.

"Undian juga tidak memihak kepada saya. Saya berada di lorong kelima dan ia memang sukar untuk merebut kedudukan hadapan.

"Pada tiga pusingan terakhir, saya sudah mula mengerah tenaga dan
berjaya merebut kedudukan ketiga, namun pada pusingan terakhir, laluan
saya sudah ditutup rapat oleh pelumba Belanda, lagi pun ketika itu saya
sudah kehilangan tenaga selepas melakukan pecutan awal bagi merebut
tempat di hadapan.

"Saya tetap juga mencuba tetapi pada selekoh terakhir, saya sudah
dikepung oleh pelumba Belanda dan ruang untuk saya melakukan asakan
sudah tertutup rapat," katanya semalam.

Dia juga tidak menolak kemungkinan bahawa pencabarnya itu memang
sudah merancang daripada awal perlumbaan untuk menutup segala ruang
buatnya.

Selepas ini, Azizulhasni akan bercuti selama tiga bulan sebelum kembali memulakan latihannya di Melbourne.

"Selepas ini saya akan berehat dulu. Sukan Olimpik sudah berakhir dan
kini fokus saya ialah untuk mempersiapkan diri bagi misi negara
seterusnya.

"Saya akan fokus terhadap persediaan menghadapi Sukan Asia dan Komanwel 2014 selepas ini dan berharap dapat meraih kejayaan.

"Saya juga akan bekerja keras untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro," katanya.

Sementara itu, pengurus pasukan lumba basikal negara, Datuk Naim
Mohammad berkata, Azizulhasni kurang bernasib baik pada perlumbaan akhir
itu.

"Bila diundi untuk berada di lorong kelima, ia memang sukar untuk
duduk di hadapan. Undian tersebut sudah 50 peratus kita akan kalah
tetapi Azizulhasni tidak menyerah begitu mudah.

"Dia memang pelumba yang bijak dan tetap berusaha untuk mengambil
tempat di hadapan. Dia telah membuat banyak kerja sejak daripada awal
perlumbaan dan banyak tenaga sudah digunakan.

"Bila sudah sampai ke pusingan terakhir, dia tetap mencuba tetapi ruangnya untuk melakukan asakan sudah tertutup," jelas Naim.

Menurutnya, seandainya Azizulhasni menduduki tempat keempat pada
perlumbaan itu, mereka mungkin mengemukakan protes terhadap 'permainan
kotor' pelumba Belanda, Teun Mulder pada perlumbaan tersebut.

"Tetapi Azizulhasni hanya menduduki tempat keenam, dan kalau kita
protes sekali pun ia tidak akan menghadiahkan pingat. Kalau dia berada
di tempat keempat, kita akan protes," tegas Naim.

Sebelum ini, Azizulhasni yang turut beraksi dalam acara pecut, juga
gagal dalam misinya memburu pingat apabila menamatkan saingan acara
tersebut di tempat kelapan.
Park Deen
Park Deen
Admin
Admin

Negeri : Azizulhasni kecewa Kedah_10
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum