Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Join the forum, it's quick and easy

Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH
Komuniti Kaki Bola
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

'Kami akan terus kejar United'

Go down

'Kami akan terus kejar United' Empty 'Kami akan terus kejar United'

Post by Park Deen Tue Feb 26, 2013 3:08 am





'Kami akan terus kejar United' Su_08.1

TEVEZ (kiri) meraikan jaringan
bersama rakan sepasukannya, James Milner pada aksi Liga Perdana England
di Stadium Etihad kelmarin. City menewaskan Chelsea 2-0.




LONDON - Pengurus Manchester City, Roberto Mancini menegaskan, beliau
masih belum menyerah kalah dalam persaingan memburu trofi Liga Perdana
England musim ini selepas kejayaan membenam Chelsea 2-0 di Stadium
Etihad kelmarin.

Jaringan daripada Yaya Toure dan Carlos Tevez sudah cukup menghadiahkan tiga mata berharga buat City.

City kini terus mengejar pendahulu, Manchester United yang memiliki
kelebihan 12 mata dan mereka masih enggan berputus asa ketika saingan
liga berbaki 11 perlawanan.

"Saya rasa amat penting bagi kami sekarang untuk tidak terlalu memikirkan tentang kedudukan liga," kata Mancini.

"Kami hanya perlu meneruskan usaha seperti hari ini (kelmarin) dan bermain dengan baik.

"Dalam bola sepak, ia hanya akan berakhir apabila ia benar-benar
telah berakhir iaitu ketika wisel penamat aksi terakhir ditiupkan.

"Jika menjelang baki empat perlawanan terakhir United masih lagi
mendahulu 12 mata, maka ia mungkin telah berakhir tetapi saya rasa tugas
kami adalah untuk terus mengejar mereka."

Pada perlawanan kelmarin, Chelsea berpeluang mendahului apabila
penjaga gol City, Joe Hart menjatuhkan Demba Ba pada minit ke-51.

Hart bagaimanapun berjaya menebus kesilapannya itu dengan
menyelamatkan sepakan penalti Frank Lampard, sekali gus menghalang
perancang The Blues itu menjaringkan gol ke-200 dalam kariernya.

"Setiap kali dia (Hart) melakukan kesilapan, saya akan terus
menasihatinya. Saya rasa penalti itu berpunca daripada kesilapannya dan
juga Kolo (Toure).

"Namun, selepas itu dia beraksi dengan baik dan menyelamatkan penalti tersebut. Ia amat penting.

"Permainan mungkin akan berubah jika Chelsea mendapat gol tetapi kami
bermain dengan bagus dan turut berpeluang menambah beberapa lagi
jaringan," kata Mancini. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0226&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_08.htm#ixzz2LxWRc3Vf

Hakcipta terpelihara
Park Deen
Park Deen
Admin
Admin

Negeri : 'Kami akan terus kejar United' Kedah_10
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum