Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Join the forum, it's quick and easy

Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH
Komuniti Kaki Bola
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

City masih berharap

Go down

City masih berharap Empty City masih berharap

Post by Park Deen Sun Apr 21, 2013 3:14 am





City masih berharap Su_04.1

AGUERO belum pasti akan diturunkan pada aksi Liga Perdana England menentang Tottenham di White Hart Lane malam ini.




LONDON - Penolong pengurus Manchester City, Brian Kidd mengakui
bahawa Roberto Mancini masih belum menyerah kalah dalam prebutan trofi
Liga Perdana England musim ini.

Kidd mendedahkan mengenai perkara itu menjelang kunjungan ke White Hart Lane untuk bertemu Tottenham Hotspur malam ini.

Sekiranya City tewas kepada Spurs dan skuad bimbingan Alex Ferguson,
Manchester United berjaya menewaskan Aston Villa pada Selasa ini, skuad The Red Devils bakal dinobatkan selaku juara liga musim ini.

Mancini pernah membuat pendedahan secara terbuka bahawa perebutan gelaran juara Liga Perdana England musim ini sudah berakhir.

Bagaimanapun, Kidd menafikan kenyataan tersebut berdasarkan
pengalaman musim lalu apabila City yang ketinggalan 13 mata berjaya
melakukan keajaiban untuk memintas United pada hari terakhir.

"Secara jujurnya, Mancini telah bersama kami sejak empat tahun lalu.
Sepanjang tempoh itu, beliau banyak meraih kejuaraan dan berdasarkan
rekod lalu, kami percaya beliau mampu memberikan sesuatu kepada kami.

"Sama seperti musim lalu. Kami bekerja keras bersama-sama dan beliau
berada di padang setiap hari. Semua itu menggambarkan kualiti yang
dimilikinya," kata Kidd.

Kidd berkata, beliau optimis Mancini tidak bimbang untuk membeli
pemain-pemain berstatus bintang kerana beliau sangat arif untuk
menguruskan pemain seperti itu bagi kejayaan pasukan.

"Kami belum mengibar bendera putih. Sebagai juara bertahan, anda tidak boleh menyerah kalah terlalu awal.

"Jika anda menyerah kalah, anda akan terkeluar lebih awal dan ia satu perbuatan yang tidak baik," katanya.

Sementara itu, City tidak pasti mengenai nasib penyerang Argentina,
Sergio Aguero dan pemain tengah Sepanyol, David Silva pada aksi
menentang Spurs kerana kedua-dua pemain itu masih belum cergas
sepenuhnya akibat kecederaan hamstring.

Bagi Spurs pula, mereka menerima berita gembira apabila perancang
utama, Gareth Bale hampir pasti untuk diturunkan pada pertemuan
menentang juara bertahan itu.

"Saya hampir pasti akan menurunkannya (Bale).

"Dia kelihatan cergas pada sesi latihan sebelum ini dan saya pasti
akan menyenaraikannya," kata pengurus Spurs, Andre Villas-Boas. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0421&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz2R3IUOXjW

Hakcipta terpelihara
Park Deen
Park Deen
Admin
Admin

Negeri : City masih berharap Kedah_10
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum