Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Join the forum, it's quick and easy

Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH
Komuniti Kaki Bola
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Owen masih ada nafsu

Go down

Owen masih ada nafsu Empty Owen masih ada nafsu

Post by Park Deen Sun Oct 07, 2012 6:49 pm

Owen masih ada nafsu (Kosmo)



Owen masih ada nafsu Su_05.1

OWEN menafikan dakwaan bahawa dia kini lebih memberi tumpuan dalam sukan lumba kuda.



LONDON - Penyerang Stoke City, Michael Owen menegaskan bahawa dia masih 'bernafsu' untuk merobek gawang lawan.

Bekas bintang England itu berkata demikian menjelang pertemuan
menentang Liverpool pada aksi Liga Perdana England di Anfield malam ini.

Terdahulu, Owen yang juga bekas bintang Liverpool membidas para
pengkritik yang mendakwa dia hanya memberikan tumpuan kepada sukan lumba
kuda berbanding bola sepak ketika ini.

Owen menegaskan, dia masih memiliki keinginan untuk beraksi di
peringkat tertinggi sambil menyifatkan impiannya untuk menjadi salah
seorang penyerang terbaik dunia masih belum terpadam.

Kepulangan Owen ke Anfield dijangka hangat apabila dia menolak tawaran untuk kembali bersama The Reds dengan memilih Stoke selepas dilepaskan Manchester United pada penghujung musim lalu.

"Ada kritikan yang membina dan ada yang boleh memusnahkan kamu.

"Begitupun, saya masih mendengar suara-suara sumbang yang mengatakan
saya sudah hilang semangat untuk bermain bola sepak dan lebih cenderung
kepada sukan lumba kuda.

"Kenyataan itu nyata tidak berasas dan ia bagaikan mempersoalkan impian saya selama ini," kata Owen.

Selepas membuat 31 penampilan bersama United, Owen mengakui, dia berazam untuk membuktikan tanggapan pengkritik itu silap.

"Matlamat saya adalah untuk mencapai tahap tertinggi dalam karier
saya dan satu perkara yang penting sekiranya kamu mahu merealisasikan
impian itu adalah keinginan.

"Saya sebenarnya boleh bersara pada bila-bila masa sekiranya saya
memiliki hasrat sedemikian tetapi saya sangat menyayangi bola sepak
lebih daripada mana-mana sukan.

"Saya masih lagi 'bernafsu' untuk mempamerkan aksi cemerlang dan
sudah tentu saya akan berusaha habis-habisan," ujar Owen. - Agensi
Park Deen
Park Deen
Admin
Admin

Negeri : Owen masih ada nafsu Kedah_10
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum