Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Join the forum, it's quick and easy

Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH
Komuniti Kaki Bola
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Masih ada sengketa

Go down

Masih ada sengketa Empty Masih ada sengketa

Post by Park Deen Tue Sep 25, 2012 4:37 am

Masih ada sengketa (Kosmo)



LIVERPOOL - Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers dan Manchester
United, Alex Ferguson berharap persengketaan antara penyokong kedua-dua
kelab gergasi England itu tidak lagi berpanjangan bagi menghormati 96
mangsa yang terkorban pada tragedi Hillsborough 1989.

Malam kelmarin, kedua-dua pasukan membuat perhitungan di Anfield
dalam aksi Liga Perdana England yang menyaksikan United menang tipis
2-1.

Ia merupakan aksi pertama Liverpool di halaman sendiri selepas
laporan tragedi Hillsborough dikeluarkan oleh sebuah panel bebas minggu
lalu yang mengesahkan bahawa insiden malang itu bukan berpunca daripada
penyokong The Reds.

Biarpun kedua-dua pasukan dilihat menghormati tragedi tersebut
apabila bertafakur seketika selain 96 biji belon dilepaskan ke udara
sebagai simbolik memperingati peristiwa berkenaan, masih ada segelintir
penyokong yang dilihat tidak menghormati kejadian itu sebaik perlawanan
tamat.

Selain bertindak mencemuh tragedi tersebut menerusi beberapa nyanyian
lagu, ada juga segelintir penyokong kedua-dua pasukan yang dilapor
bergaduh sesama sendiri

Untuk rekod, tragedi itu sering dipersenda penyokong United bagi membalas dendam tindakan penyokong The Reds yang turut bertindak sama berhubung tragedi Munich 1958 yang mengorbankan 21 pemain The Red Devils.

"Saya tidak dapat mengulas lanjut apa yang berlaku selepas perlawanan kerana saya tidak mendengar apa-apa.

"Persaingan antara kedua- dua pasukan pastinya berlarutan sampai
bila-bila, cuma saya harap persengketaan antara kedua-dua penyokong
berhubung tragedi itu tidak lagi berpanjangan selepas ini," kata Rod-
gers.

Pada aksi kelmarin, Liverpool yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain
selepas Jonjo Shelvey dibuang padang pada minit ke-39, terlebih dahulu
di depan menerusi jaringan kapten, Steven Gerrard seminit selepas babak
kedua bersambung.

Begitupun, hajat The Reds meraih kemenangan sulung musim ini
tidak kesampian apabila United kembali bangkit menerusi dua gol jaringan
Rafael da Silva dan Robin van Persie.

"Saya agak kecewa dengan keputusan perlawanan. Kami mampu mengawal
perlawanan tetapi kami tidak mampu mengawal keputusan yang diberi- kan
pengadil.

"Jika Shelvey dibuang padang kerana menerjah (pemain lawan) dengan
kedua-dua kakinya, saya fikir Evans juga perlu dikenakan tindakan yang
sama jika anda lihat ulang tayang perlawanan itu.

"Ia merupakan hari yang menyaksikan kami tidak mempunyai pilihan untuk membuat keputusan," ujar Rodgers. - Agensi
Park Deen
Park Deen
Admin
Admin

Negeri : Masih ada sengketa Kedah_10
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum